Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

DPM Wong: Bantuan disediakan dalam Belanjawan bagi pastikan rakyat tidak ketinggalan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Bantuan disediakan dalam Belanjawan bagi pastikan rakyat tidak ketinggalan

Pemerintah perlu beri penekanan pada perbelanjaan berhemah bagi bangunkan ekonomi kukuh
Feb 28, 2024 | 08:24 PM



Pemerintah Singapura tidak mengubah etos sokongan sosialnya, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Malah, daripada setakat mengagihkan bantuan, sokongan yang diberi bertujuan memberi rakyat peluang mencapai lebih banyak lagi, kata beliau ketika berucap menggulung perbahasan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 28 Februari.

Sepanjang perbahasan tiga hari itu, beberapa Anggota Parlimen (AP) mempersoal sama ada sistem sokongan sosial di Singapura mencukupi dalam memberi keyakinan kepada rakyat sedang mereka melalui setiap peringkat kehidupan.

Sebahagian AP pula menggesa pemerintah agar melakukan lebih banyak, sementara sebahagian yang lain mengingatkan supaya pemerintah berhati-hati untuk mengelak rasa kebergantungan timbul dalam kalangan warga Singapura.

“Sememangnya, kami sangat berhati-hati untuk memastikan keseimbangan ini. Kami belum mengubah etos sokongan sosial kami selama ini,” ujar Encik Wong.

Bahkan, katanya, Pakej Kemajuan ComLink+ dan Program Peningkatan SkillsFuture dilakarkan “agar tidak menghakis tanggungjawab peribadi dan keluarga”.

Skim sokongan bagi mereka yang kehilangan kerja yang diumumkan semasa Belanjawan 2024 juga mematuhi prinsip serupa.

“Kami menyelamatkan warga Singapura apabila mereka jatuh dan kami memastikan mereka tidak ketinggalan. Kami melabur dalam mereka dan kami menyediakan mereka dengan sokongan untuk bangkit daripada halangan hidup.

“Pada akhirnya, ini adalah untuk memastikan keluarga dan individu menikmati hasil yang lebih baik dan taraf hidup lebih baik,” kata Encik Wong.

DPM Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata perbelanjaan sosial pemerintah telah meningkat empat kali ganda sepanjang 20 tahun lalu.

“Dalam Belanjawan 2024, separuh daripada jumlah perbelanjaan kementerian diperuntukkan untuk perbelanjaan sosial. Sebahagian besar daripada ini dibelanjakan untuk skim-skim tersusun, bukan langkah sementara,” ujar beliau.

Menjawab saranan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, yang menggesa pemerintah mewujudkan lebih banyak skim tetap berbanding pemberian bantuan sementara, Encik Wong berkata bahawa pemerintah memberi kedua-dua jenis bantuan.

Beliau berkata skim tetap yang direka dengan kurang baik akan mewujudkan kebergantungan.

Dalam ucapannya, Encik Wong juga berkata sumber yang diperlukan untuk membangunkan ekonomi kukuh memerlukan pemerintah yang memberi penekanan pada perbelanjaan berhemah.

“Kita mesti terus merancang lebih awal, melakukan kira-kira dengan teliti dan berterus terang dengan warga Singapura mengenai kos pelbagai cadangan.

“Pendekatan melihat dan merancang ke hadapan ini adalah ciri utama dasar fiskal kita,” katanya.

DPM Wong berkata banyak negara dalam ekonomi maju tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai dasar-dasar mereka dan perlu menaikkan cukai.

“Sistem fiskal mereka berisiko retak,” katanya.

“Tiada parti politik di negara-negara ini bersedia untuk menyatakan kebenaran yang sukar dibincangkan, jadi perbahasan dasar mereka dikuasai oleh apa yang disebut oleh beberapa pengulas sebagai fantasi fiskal.

“Usahlah kita terlena dengan pemikiran fantasi – bukan di Dewan ini, bukan di Singapura,” ujar beliau, sambil menambah bahawa Singapura berada dalam kedudukan unik dan istimewa kerana boleh menggunakan simpanan dari masa lalu, dan bukannya perlu membayar hutang yang terkumpul oleh pemerintah terdahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >