Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Wong ‘jalan-jalan’ ke Bazar Geylang Serai

Mar 16, 2024 | 8:55 PM
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, jalan-jalan di Bazar Geylang Serai bersama Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, jalan-jalan di Bazar Geylang Serai bersama Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. - Foto Instagram / @lawrencewongst

Bazar Geylang Serai menerima tetamu istimewa dengan kunjungan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada 14 Mac.

Turut bersama beliau ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

View post on Instagram
 

Berkongsi gambarnya di bazar itu bersama Dr Faishal menerusi Instagram, Encik Wong turut mengajak orang ramai berkunjung ke sana untuk merasa suasana yang meriah di bazar itu.

Dalam kunjungannya, Encik Wong juga meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai di bazar Geylang Serai dan di sekitar Wisma Geylang Serai.

View post on Instagram
 

Bazar Geylang Serai yang berlangsung dari 8 Mac hingga 9 April menawarkan 500 gerai yang menjual makanan, pakaian, peralatan rumah dan sebagainya.

Di samping membeli-belah, pengunjung juga boleh mengikuti pelbagai acara yang diatur serta menikmati keindahan lampu Hari Raya yang akan dinyalakan sepanjang lebih 2.6 kilometer di Changi Road, Geylang Road dan Sims Avenue hingga 8 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg