Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

DPM Wong: Pemerintah akan terus semak kod etika menteri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Pemerintah akan terus semak kod etika menteri

Jan 18, 2024 | 05:58 PM



Pemerintah akan terus menyemak dan mengemas kini tatalaku bagi pemegang jawatan politik, termasuk dalam perihal menerima atau menolak hadiah atau habuan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 18 Januari.

Beliau berkata demikian kepada wartawan menyusuli 27 pertuduhan, termasuk rasuah, yang dikemukakan terhadap mantan Menteri Pengangkutan, S Iswaran di mahkamah pada 18 Januari. 

Encik Wong yang juga Menteri Kewangan menegaskan prinsip utama yang menyokong tatalaku menteri adalah “jelas, kukuh dan sah”. Tatalaku itu menetapkan prinsip serta peraturan berkenaan cara seseorang menteri harus bertindak, serta menjaga hal ehwal peribadi mereka.

“Sebagai contoh, menteri tidak sepatutnya menerima hadiah yang meletakkan mereka dalam keadaan terhutang budi serta dalam kedudukan konflik kepentingan. Itu dinyatakan dalam kod etika,” tambahnya.

Encik Wong berkata kod etika tersebut, yang telah dilaksanakan sejak 1954, tidak ‘statik’ dan menambah bahawa pemerintah “akan terus menyemak dan mengemas kini kod itu dengan mengambil kira pengalaman dan pembelajaran daripada kejadian ini”.

“Namun saya juga harus mengatakan apabila kita melihat sistem kita di Singapura, ia adalah sistem di mana kita melakukan yang terbaik untuk mencuba dan mencegah serta menghalang rasuah.

“Ia tidak bermakna tidak akan ada rasuah,” kata Encik Wong.

Meskipun kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku sehingga memaksa Iswaran meninggalkan politik dalam keadaan sebegini, Encik Wong menambah bahawa pendirian Parti Tindakan Rakyat (PAP) terhadap rasuah adalah jelas, tiada tolak ansur.

“Tidak boleh ada kompromi, tiada kelonggaran, tiada penipuan mengenai perkara ini – tidak kira kesannya kepada politik.

“Pendirian PAP terhadap rasuah tidak boleh dirunding. Ini adalah sebahagian daripada DNA kami,” tegas Encik Wong lagi. 

Sejak Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) mula menjalankan siasatan pada Julai 2023, Encik Wong berkata bahawa pemerintah telah mengendalikan perkara ini dengan tegas dan proaktif.

Beliau menambah, pemerintah akan terus melakukan segala yang mereka mampu untuk menegakkan piawaian integriti, bebas rasuah dan tatasusila tertinggi.

“Begitulah cara kami mengekalkan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Singapura kepada kami,” ujar beliau.

Iswaran, yang dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $800,000, telah memberitahu mahkamah bahawa dia mahu kes dibicarakan. 

Persidangan praperbicaraan dijadualkan pada 1 Mac ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >