Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kes Iswaran tidak jejas peralihan kepimpinan: DPM Wong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes Iswaran tidak jejas peralihan kepimpinan: DPM Wong

Jan 18, 2024 | 05:43 PM



Kes S Iswaran tidak akan menjejas rancangan peralihan kepimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang turut menekankan pendekatan tegas PAP terhadap rasuah. 

Bercakap kepada wartawan pada 18 Januari, Encik Wong menambah bahawa rancangan itu tetap berjalan lancar, dengan peralihan kepimpinan dijadualkan berlangsung sebelum pilihan raya umum seterusnya, yang harus diadakan sebelum November 2025 dan sebelum persidangan parti pada November 2024.

Iswaran didakwa di mahkamah pada 18 Januari dengan 27 pertuduhan, termasuk berkaitan rasuah. Dokumen mahkamah menunjukkan kebanyakan pertuduhan itu melibatkan hartawan Ong Beng Seng, yang membawa perlumbaan Formula Satu ke Singapura pada 2008. Iswaran membuat pengakuan tidak bersalah.

Dalam pada itu, Iswaran telah meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan serta Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast dan anggota PAP, di tengah-tengah kes rasuah terhadapnya.

Ditanya apakah kehilangan Iswaran sebagai menteri utama di GRC West Coast akan menjejas masa pilihan raya umum diadakan, Encik Wong berkata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, serta AP lain di GRC itu telah menjalankan tugas untuk terus mendekati penduduk.

Encik Wong menegaskan peralihan kepimpinan akan tetap berlaku sebelum pilihan raya. “Jadi apabila ia berlaku, kami akan fikirkan bila pilihan raya boleh diadakan selepas itu,” ujarnya.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menambah bahawa beliau dan pasukan kepimpinannya akan terus menjalankan tugas dalam pemerintah dan mempertingkat usaha memperbaiki kehidupan rakyat Singapura.

“Apabila tiba waktu pilihan raya umum nanti, PAP akan membentangkan kad laporan kami kepada rakyat Singapura, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat Singapura,” kata beliau lagi. 

Encik Wong akur insiden ini akan memberi kesan kepada PAP dan semangat parti itu. 

“Namun, kami tidak boleh membiarkan perkara ini menjejaskan pendirian tidak bertolak ansur kami terhadap rasuah. Itulah sebabnya parti ini, dan pemerintah akan terus melakukan perkara yang sewajarnya dan melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan sistem kami bebas rasuah,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >