Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua diberkas bagi kesalahan berkaitan dadah, elak cukai rokok

Feb 3, 2025 | 8:24 PM
Secara keseluruhan, 4,228 karton rokok tidak dibayar cukai dan dua van dirampas hasil satu  operasi Kastam Singapura di Petir Road pada 23 Januari.
Secara keseluruhan, 4,228 karton rokok tidak dibayar cukai dan dua van dirampas hasil satu operasi Kastam Singapura di Petir Road pada 23 Januari. - Foto KASTAM SINGAPURA

Seorang lelaki dan seorang wanita ditangkap pada 23 Januari kerana mengelak duti dan cukai rokok berjumlah lebih $450,000, serta kesalahan berkaitan dadah menyusuli satu operasi yang dijalankan oleh Kastam Singapura.

Secara keseluruhan, 4,228 karton rokok tidak dibayar cukai dan dua van dirampas, menurut Kastam Singapura pada 3 Februari.

Dalam operasi itu, pegawai menemui 1,252 karton rokok tidak dibayar cukai dalam sebuah van yang diletakkan di Petir Road.

Di dalam kenderaan itu, mereka menemui kunci bagi sebuah lagi van yang diletakkan berdekatan, dan menjumpai 2,976 karton rokok tidak dibayar cukai.

Peralatan berkaitan dadah turut ditemui dalam salah satu van tersebut dan diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk siasatan lanjut.

Dua warga Singapura itu, kedua-duanya berusia 29 tahun, ditangkap di lokasi berkenaan, tambah Kastam Singapura.

Kastam Singapura mendapati jumlah keseluruhan duti dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang cuba dielakkan berjumlah $457,968.

Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut dipercayai terlibat dalam menghantar rokok tidak dibayar cukai, dan prosiding mahkamah terhadapnya sedang berjalan. Wanita tersebut pula sedang disiasat.

Pesalah berdepan hukuman denda hingga 40 ganda jumlah duti dan GST yang mereka elak, atau hukuman penjara hingga enam tahun, atau kedua-dua hukuman.

Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan itu juga boleh dirampas.

Orang awam boleh melaporkan kegiatan penyeludupan atau elak duti serta GST kepada Kastam Singapura di https://go.gov.sg/reportcustomsoffence.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg