Sebanyak dua lagi kumpulan rakyat Singapura dari Abu Dhabi dan Dubai telah dihantar ke Muscat, Oman pada 8 Mac untuk kembali ke Singapura.

Berkata demikian dalam hantaran Facebook pada 7 Mac, Kedutaan Singapura di Abu Dhabi dan Konsulat Agung di Dubai berkata kededua kumpulan itu bergerak menerusi darat untuk ke Muscat, Oman dan akan berlepas ke Singapura pada 8 Mac dengan bantuan penerbangan kedua.

“Kami gembira kerana mereka sedang menuju pulang ke tanah air dan mendoakan penerbangan yang selamat serta perjalanan yang lancar,” kata catatan tersebut.