Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Dua lelaki diberkas kerana disyaki edar dadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki diberkas kerana disyaki edar dadah

Mar 07, 2024 | 06:49 PM



Dua lelaki warga Singapura ditahan dalam operasi penguatkuasaan berasingan pada 5 Mac kerana disyaki melakukan kesalahan mengedar dadah.

Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan bernilai lebih $366,700 di pasaran gelap.

Biro Narkotik Pusat (CNB) menyatakan pada 7 Mac bahawa dadah yang dirampas itu boleh memenuhi ketagihan untuk sekitar 1,380 penagih selama seminggu, lapor The Straits Times.


Dalam operasi pertama pada tengah hari 5 Mac, anggota dan pegawai CNB menahan seorang lelaki berusia 54 tahun di sebuah unit perumahan di Yishun Street 44.

Mereka menemui 975 gram heroin, 195g Ice, 104g ganja, 10 tablet Erimin-5, dan dua botol metadon, yang kesemuanya bernilai sekitar $167,000.


Pada hari yang sama, operasi kedua dijalankan di Fernvale Street, di mana seorang lelaki berusia 29 tahun ditangkap.

Dalam biliknya, pegawai menemui 5,547g ganja dan wang tunai berjumlah $14,850. Ganja tersebut dianggarkan bernilai sekitar $199,700.

Jika didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah, kedua-dua lelaki itu boleh dijatuhi hukuman berat, termasuk hukuman mati, disebabkan jumlah besar dadah terkawal yang dirampas dalam kes itu.

Siasatan terhadap kegiatan dadah kedua-dua suspek itu masih dijalankan.

“Kedua-dua operasi ini berjaya merampas sejumlah besar dadah yang boleh diedarkan di jalanan, memenuhi ketagihan bagi bilangan besar penagih, dan memikat penagih baru yang terjerat dalam lingkaran penyalahgunaan dadah,” kata pengarah divisyen risikan CNB, Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Aaron Tang.

Sebelum ini, CNB melahirkan kebimbangan mengenai trend meningkat melibatkan pesalah dadah yang kini bermula pada usia lebih muda.

Pada 2023, bilangan penagih dadah wanita muda yang ditahan meningkat dengan ketara, menunjukkan perubahan demografi yang membimbangkan, dan menekankan pentingnya sikap waspada dan usaha penguatkuasaan untuk membendung trend tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >