Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua menteri hantar surat tuntutan kepada Bloomberg, media atas kenyataan fitnah

Laporan Bloomberg sebut urus niaga hartanah libat kedua-dua menteri; diterbit semula oleh media lain
Dec 16, 2024 | 6:58 PM
Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam (kiri), dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg dan media lain berhubung penerbitan satu laporan mengenai urus niaga hartanah mereka, yang mereka anggap adalah kenyataan fitnah.
Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam (kiri), dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg dan media lain berhubung penerbitan satu laporan mengenai urus niaga hartanah mereka, yang mereka anggap adalah kenyataan fitnah. - Foto fail

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita Bloomberg dan media lain.

Ini susulan terbitan kenyataan berhubung urus niaga hartanah mereka, yang mereka anggap sebagai memfitnah.

Kenyataan itu, yang kali pertama diterbitkan dalam laporan Bloomberg pada 12 Disember, adalah mengenai urus niaga banglo kelas baik di Singapura dengan tajuk, “Urusan rumah besar Singapura semakin diselubungi kerahsiaan”.

Ia kemudian diterbitkan semula oleh media lain seperti The Online Citizen dan The Edge, lapor The Straits Times (ST).

Dalam hantaran di Facebook pada 16 Disember, dua menteri itu berkata laporan Bloomberg itu berbaur fitnah, dan mereka akan mengeluarkan surat tuntutan berhubung laporan tersebut selepas mendapatkan nasihat undang-undang.

Hantaran tersebut turut menyatakan bahawa Encik Shanmugam dan Dr Tan akan mengambil tindakan serupa terhadap media lain yang telah menerbitkan kenyataan fitnah tentang urus niaga tersebut.

“Kami memandang serius dakwaan itu,” tambah mereka.

Ketika dihubungi, jurucakap Bloomberg memberitahu ST bahawa ia tidak akan mengulas mengenai perkara itu buat masa ini.

Laporan yang dimaksudkan itu adalah mengenai tawaran banglo kelas baik yang ditandatangani dari Januari hingga awal Disember, yang diukur mengikut nilai.

Dapatan itu diperolehi daripada data yang dikumpulkan Bloomberg News dan List Sotheby’s International Realty.

Laporan itu menyebutkan urus niaga hartanah melibatkan dua menteri itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg