Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua pesawat RSAF hantar lebih 9 tan bantuan bagi mangsa gempa Myanmar

Apr 3, 2025 | 8:29 AM
Seorang pegawai RSAF menyiapkan  bekalan bantuan untuk dimasukkan ke dalam pesawat pengangkut C-130 di Subang, Malaysia.
Seorang pegawai RSAF menyiapkan bekalan bantuan untuk dimasukkan ke dalam pesawat pengangkut C-130 di Subang, Malaysia. - Foto MINDEF

Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah mengerahkan dua pesawat pengangkut C-130 untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan ke Myanmar pada 2 April, selepas gempa bumi berukuran 7.7 magnitud menggegarkan negara itu pada 28 Mac.

Kementerian Pertahanan (Mindef) mengatakan pada 2 April bahawa dua pesawat itu mengangkut lebih sembilan tan bekalan bantuan penting yang disumbangkan oleh Pusat Penyelarasan Asean bagi Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana (AHA Centre).

Pusat AHA adalah sebuah pertubuhan antara pemerintah yang bertujuan memudahkan kerjasama dan penyelarasan antara negara Asean, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan antarabangsa bagi pengurusan bencana dan respons kecemasan di rantau Asean.

Kerahan itu diselaraskan oleh Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Serantau Changi (RHCC).

Pengarahnya, Kolonel Fredie Tan, berkata Changi RHCC dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kekal komited menyokong bantuan kemanusiaan serantau dan operasi bantuan bencana, dan bagi menyediakan bantuan kemanusiaan penting kepada rakyat Myanmar.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pertubuhan antara pemerintah seperti Pusat AHA untuk memastikan respons terselaras dan berkesan,” katanya.

Gempa itu meratakan bangunan di seluruh Myanmar, mengorbankan lebih 2,800 orang dan menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.

Angka kematian dijangka meningkat.

Palang Merah Singapura telah mengumpulkan hampir $1.5 juta untuk menyokong operasi bantuan dan pemulihan di Myanmar dan Thailand selepas gempa itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg