Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Eng Hen: SAF teroka pelan bantuan perubatan untuk Gaza

Mar 3, 2025 | 8:54 PM
Singapura sedang berbincang dengan rakan-rakan di Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyediakan bantuan perubatan kepada penduduk di Gaza, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.
Singapura sedang berbincang dengan rakan-rakan di Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyediakan bantuan perubatan kepada penduduk di Gaza, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen. - Foto MDDI

Singapura sedang berbincang dengan rakan-rakan di Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyediakan bantuan perubatan kepada penduduk di Gaza, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Bercakap di Parlimen pada 3 Mac semasa perbahasan Jawatankuasa Pembekalan (COS) Kementerian Pertahanan (Mindef), Encik Ng berkata pasukan perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Kementerian Kesihatan (MOH) boleh dikerah dalam beberapa bulan akan datang.

“Tidak selamat untuk menempatkan kemudahan perubatan SAF di Gaza sekarang. Risikonya tinggi dan tidak mungkin berkurangan untuk beberapa waktu akan datang. Kami tidak mahu meletakkan askar SAF dan sukarelawan awam dalam bahaya di sana.

“Tetapi terdapat pilihan lain di rantau ini, seperti Mesir, Jordan, dan UAE, di mana lebih ramai orang awam dari Gaza telah pergi untuk menerima rawatan sejak beberapa bulan lalu,” kata Dr Ng.

Pada Mac 2024, Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Serantau Changi (RHCC) SAF telah menyelaraskan penghantaran bekalan bantuan ke Gaza melalui Jordan.

Ini dapat dilakukan dengan menggunakan Pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) RSAF A330, pesawat pengangkut C-130 dan pesawat komersial.

Pada September 2024, RHCC turut menyelaras penghantaran bekalan bantuan kepada warga yang terjejas akibat Taufan Yagi di Lao PDR, Myanmar dan Vietnam menerusi sebuah MRTT dan dua C-130.

Baru-baru ini juga, RHCC telah menghantar satu lagi bekalan bantuan ke Gaza melalui Jordan menggunakan MRTT, untuk mengurangkan keadaan kemanusiaan yang teruk semasa menjelang Ramadan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg