Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua wanita cetus gangguan di sesi bertemu penduduk Shanmugam

Mar 14, 2025 | 6:18 AM
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, dihampiri dua wanita semasa Sesi Bertemu Penduduk mingguan atau Meet-the-People Session (MPS) di 107 Yishun Ring Road pada malam 12 Mac.
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, dihampiri dua wanita semasa Sesi Bertemu Penduduk mingguan atau Meet-the-People Session (MPS) di 107 Yishun Ring Road pada malam 12 Mac. - Tangkap layar FACEBOOK K SHANMUGAM SC

Dua wanita berdepan dengan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, dalam Sesi Bertemu Penduduk (MPS) di Chong Pang, pada malam 12 Mac.

Kejadian di 107 Yishun Ring Road itu telah dikongsi di halaman Facebook Encik Shanmugam dan juga telah tersebar di platform media sosial.

Video itu menunjukkan konfrontasi dua wanita yang menyoal Encik Shanmugam sambil diperhatikan penduduk dan orang lain.

Dalam video itu, wanita itu berkata mereka mahu bercakap dengan Encik Shanmugam mengenai Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma).

Dalam satu hantaran Facebook pada 13 Mac, Encik Shanmugam berkata insiden tersebut, menggambarkan kedua-dua wanita itu yang “bersikap konfrontasi dengan sengaja” dan ingin mencetuskan provokasi.

Beliau mendedahkan bahawa dua beradik itu berasal dari Punggol dan bukan penduduk kawasannya, Nee Soon Central.

Mereka juga telah difahamkan telah menghadiri beberapa sesi MPS di kawasan lain yang dikendalikan oleh Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebelum ini.

Menurut Encik Shanmugam, kedua-dua wanita itu mahu membincangkan isu Pofma. Encik Shanmugam juga telah menyarankan agar mereka buat janji temu atau emelnya untuk berbincang pada hari lain.

Encik Shanmugam berkata beliau ingin mengutamakan penduduknya yang telah hadir dan ingin menemuinya pada waktu yang telah diperuntukkan bagi mereka.

Encik Shanmugam berkata: “Mengganggu sesi ini adalah tidak adil kepada penduduk. Terdapat saluran yang sesuai untuk advokasi — tetapi mengganggu sesi yang bertujuan membantu penduduk yang berdepan cabaran harian melampaui batas.”

Pada bahagian akhir video, kedua-dua wanita itu yang turut disertai seorang lelaki, telah menjerit ‘pengecut’ kepada Encik Shanmugam selepas beliau enggan berbual bersama mereka dan bergerak pergi.

Ketegangan meningkat apabila wanita membuat isyarat lucah terhadap seseorang yang difahamkan sedang merakam interaksi tersebut.

Kekecohan itu menarik perhatian relawan dan penduduk yang hadir, dengan sebahagian mereka kelihatan terganggu dengan situasi tersebut.

Dalam posnya di Facebook, Encik Shanmugam juga berkata sesi MPS bertujuan membantu penduduk menyelesaikan masalah peribadi yang mendesak dan tidak seharusnya dijadikan pentas untuk demonstrasi politik.

Namun, di sebalik ketegangan itu, Encik Shanmugam berkata beliau tetap meluangkan masa sekitar 30 hingga 45 minit untuk berbincang dengan kedua-dua wanita tersebut dan dua individu lain yang turut bersama mereka.

Encik Shanmugam turut menjelaskan bahawa perbincangan awal itu dirakam bagi memastikan ketelusan, terutamanya selepas beberapa insiden serupa berlaku di sesi MPS lain sebelum ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg