AMBIL INSPIRASI SEJARAH: Bangku ‘… All the King’s Men’ oleh artis Yang Jie ini memberi penghormatan kepada kisah sejarah Batu Singapura, iaitu serpihan batu pasir besar yang asalnya terletak di muara Sungai Singapura. Ia menampilkan skrip purba belum dapat ditafsirkan yang menunjukkan kemungkinan lanjutan tamadun Majapahit di pulau Singapura. Bangku ini terletak Queen Elizabeth Walk. - Foto ST
REHAT SAMBIL BERFIKIR: Dinamakan ‘A Micropolyphonic Stage’, bangku dalam bentuk tanda petik dan tutup kata ini hasil karya Joyce Beetuan Koh. Ia terletak berdekatan tapak pendaratan Raffles di Sungai Singapura. - Foto ST
TEMPAT DUDUK ATAU BUKAN?: Bangku yang diberi nama ‘This is Not a Bench’ ini dihasilkan oleh artis Lua Boon Kai sebagai karya seni yang bertujuan mengubah ruang awam menjadi persekitaran interaktif. Ia terletak depan Bangunan Annexe The Arts House. - Foto ST
KENANG SATAY CLUB LAMA: Bangku ‘Sayang! Satay Sayang!’ ini menampilkan cara kreatif artis Jeffrey Tan memaparkan kenangan Esplanade Satay Club, sebuah pusat makanan terbuka di Taman Esplanade yang tidak lagi wujud. Tempat duduk itu terletak di Taman Permainan Taman Esplanade. - Foto ST
TULIS DALAM KOD MORSE: Terletak di Jubilee Walk, bangku hasil karya Jason Wee dan diberi nama ‘#iykyk’ ini merangkumi lima bangku bulat melambangkan kod Morse bagi huruf ‘#iykyk’ (bermakna ‘jika anda tahu anda tahu). - Foto ST
GUNA TEKNOLOGI: Bangku diberi nama ‘Re-Store / Neural Artefact Black’ ini direka bentuk dengan bantuan model kecerdasan buatan (AI) yang dilatih mengenali gambar perabot dan sampan daripada Koleksi Nasional Singapura. Karya ini dihasilkan Immanuel Koh. - Foto ST

Penat bersiar-siar di sekitar kawasan Esplanade dan Muzium Tamadun Asia?
Duduk berehatlah di enam bangku unik di sepanjang sebuah laluan seni baru di sekitar kawasan sivik Singapura, dan anda boleh dibawa ke zaman lalu, malah masa depan.
Dipanggil Benchmarks, laluan seni itu direka berasaskan konsep tanda baca – mengajak orang ramai menyelami sejarah dan peri penting budaya kawasan sivik dan kawasan sekitarnya.
Laluan itu direka oleh enam artis tempatan – Lua Boon Kai, Joyce Beetuan Koh, Immanuel Koh, Yang Jie, Jeffrey Tan dan Jason Wee.
Ia dihasilkan untuk Perikatan Kawasan Sivik yang termasuk Muzium Tamadun Asia, Esplanade – Theatres on the Bay, Galeri Nasional Singapura, The Arts House, serta Panggung dan Dewan Konsert Victoria.
Kurator Benchmarks, Encik Justin Loke, berharap bangku tersebut boleh bertindak sebagai tanda baca bagi pengunjung mengambil masa berjalan-jalan di kawasan sivik dan mempelajari tentang kepentingan sejarah masa lalu, masa kini dan masa depan kawasan itu.
“Sebagaimana apabila seseorang itu memberi ucapan atau menulis sesuatu, tanda baca menambahkan elemen dan membantu kita mewujudkan nada suara atau cara bertutur,” kata beliau dalam satu laporan The Straits Times.
Bangku pertama dalam laluan Benchmarks terletak di hadapan Bangunan Annexe The Arts House, sementara yang terakhir di Esplanade, berdekatan Jambatan Jubilee.
Pengunjung boleh duduk di bangku itu sehingga 31 Julai 2026.