Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Editor BH: Video cerminan transformasi kaedah penyampaian berita

Jan 2, 2025 | 8:30 PM
Menurut Editor Berita Harian (BH), Encik Nazry Mokhtar, dokumentari terbitan Berita Harian (BH), ‘Gelombang Perubahan: Aceh, 20 Tahun Selepas Dibadai Tsunami’ adalah antara hasil proses transformasi BH dalam penyampaian berita.
Menurut Editor Berita Harian (BH), Encik Nazry Mokhtar, dokumentari terbitan Berita Harian (BH), ‘Gelombang Perubahan: Aceh, 20 Tahun Selepas Dibadai Tsunami’ adalah antara hasil proses transformasi BH dalam penyampaian berita. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Video dokumentari terbitan Berita Harian (BH), Gelombang Perubahan: Aceh, 20 Tahun Selepas Dibadai Tsunami mencerminkan transformasi berterusan BH dalam penyampaian berita, kata Editor BH, Encik Nazry Mokhtar.

Menyatakan demikian semasa acara tayangan dokumentari di Project Studio, Wisma Geylang Serai pada 2 Januari, Encik Nazry menekankan bahawa perubahan adalah penting untuk memenuhi pilihan dan corak penggunaan berita yang semakin berkembang dalam kalangan pembaca.

Encik Nazry berkata: “Dunia kewartawanan telah berubah dengan ketara.

“Teknologi dan medium baru telah mengganggu operasi berita dan pendekatan bercerita. Selera pembaca terhadap berita dan corak penggunaan juga telah berkembang.”

Meskipun beliau mengakui “ia memberikan cabaran besar bagi organisasi berita”, beliau menegaskan iltizam BH dalam “menerima perubahan demikian dan mengubah penyampaian berita”.

BH melalui transformasi pada 2024 dan ini termasuk beralih tumpuan kepada mencipta kandungan dalam format digital seperti video dan podcast.

Dokumentari khas adalah antara hasil daripada transformasi tersebut.

Video 22 minit itu dirakam sepasukan lima anggota BH yang melawat Banda Aceh dan Meulaboh dari 5 hingga 9 Disember 2024 sempena 20 tahun berlakunya tsunami.

Antara yang dipaparkan dalam dokumentari itu adalah pengalaman pegawai, responden pertama dan pekerja bantuan yang memberikan bantuan menyelamat, pemulihan dan kemanusiaan, tambah Encik Nazry.

Beliau turut meluahkan rasa bangga dengan kemampuan pasukan muda berbakat yang menghasilkan video yang kreatif dan memberi kesan, “mempamerkan keupayaan baru BH dalam penciptaan kandungan”.

Dokumentari khas tersebut bukan yang pertama dan Encik Nazry berharap “dapat melakukan lebih banyak lagi menerusi peranan BH yang bukan sahaja merakamkan tragedi, malah menghubungkan dan menggerakkan orang ramai”.

Dokumentari terbitan Berita Harian (BH) yang bertajuk ‘Gelombang Perubahan: Aceh 20 Tahun Selepas Dibadai Tsunami’ boleh ditonton di semua wadah media sosial BH. 
Dokumentari terbitan Berita Harian (BH) yang bertajuk ‘Gelombang Perubahan: Aceh 20 Tahun Selepas Dibadai Tsunami’ boleh ditonton di semua wadah media sosial BH.  - Foto BH

Acara itu dihadiri tetamu terhormat, Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, dan Duta Besar Indonesia ke Singapura, Encik Suryo Pratomo.

Antara tetamu lain yang hadir ialah Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media, Encik Kuek Yu Chuang; dan Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong, dengan kehadiran sekitar 100 tetamu.

“Dunia kewartawanan telah berubah dengan ketara. Teknologi dan medium baru telah mengganggu operasi berita dan pendekatan bercerita. Selera pembaca terhadap berita dan corak penggunaan juga telah berkembang.”
Encik Nazry Mokhtar,  Editor Berita Harian.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg