Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Elak ditipu dalam kumpulan sembang

Bosan terima mesej yang tidak dikenali daripada penipu? Ciri keselamatan ini boleh bantu anda…
Jun 30, 2024 | 5:30 AM
Usah menerima atau membalas mesej pesanan yang tidak anda kenali. Ini mungkin satu penipuan.
Usah menerima atau membalas mesej pesanan yang tidak anda kenali. Ini mungkin satu penipuan. - Foto ISTOCKPHOTO

Jurulatih kecergasan Cheryl Chin sedang berehat selepas penat bekerja apabila telefonnya berdering dengan kiriman mesej daripada rakan baiknya.

Aplikasi pesanan di platform Telegram yang diterima bermula dengan ucapan ringkas, namun dengan segera bertukar kepada permintaan bantuan. “Beliau menghantar saya pautan dan meminta saya mengesahkan (kandungannya).”

Tanpa berfikir panjang, wanita berusia 31 tahun itu menekan pautan tersebut. Pautan itu membawa beliau ke halaman web yang memintanya “mengesahkan” foto “rakan” yang sedang bergambar di depan restoran.

“Pelik,” fikir Cik Chin. Semasa beliau membaca semula mesej itu, beliau semakin curiga.”Bunyinya tidak seperti cara (rakan saya) biasanya menghantar teks.”

Cik Chin memutuskan untuk menghubungi rakannya melalui platform pesanan lain, WhatsApp. “Pada ketika ini, saya pasti bahawa akaun Telegram rakan saya telah digodam,” jelasnya.

Nalurinya terbukti benar.

Setelah menyemak, rakan itu menyedari beliau telah dilog keluar daripada akaun Telegramnya dan tidak dapat mengaksesnya lagi.

Bimbang, rakan Cik Chin bertindak pantas; beliau menukar nombor telefon bimbitnya pada hari berikutnya dan membatalkan talian yang digodam untuk mengelakkan penyalahgunaan selanjutnya.

Ini adalah salah satu contoh bagaimana penipu lebih canggih menggunakan aplikasi pesanan untuk menghubungi mangsa.

Pada 2023, terdapat 12,368 kes penipuan dengan mangsa dihubungi oleh si penipu melalui platform pesanan. Ini meningkat daripada 7,599 pada 2022, kata polis.

Kira-kira 68 peratus daripada kes berlaku melalui aplikasi WhatsApp, dan 26.5 peratus melalui Telegram.

Ini adalah dua platform pesanan yang paling kerap digunakan oleh warga Singapura “dan penipu mengeksploitasinya”, kata Superintenden Polis Rosie Ann McIntyre, penolong pengarah Jabatan Operasi Pejabat Pendidikan Awam Penipuan, Pasukan Polis Singapura.

Jurucakap Meta, syarikat yang memiliki aplikasi WhatsApp, menggalakkan orang ramai agar “berhenti seketika dan berfikir” sebelum membalas mesej yang mencurigakan, terutamanya yang meminta wang atau maklumat peribadi.

“Sahkan jika anda mengenali kenalan itu dan jangan sekali-kali berkongsi pengesahan dua langkah, atau kongsi kod pendaftaran anda dengan sesiapa pun.”

Terus berwaspada, usah terima atau balas mesej dari kumpulan sembang yang tidak anda kenali.
Terus berwaspada, usah terima atau balas mesej dari kumpulan sembang yang tidak anda kenali. - Adaptasi Grafik Berita Minggu
Lindungi diri anda dan kongsi trend antipenipuan terkini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Lindungi diri anda dan kongsi trend antipenipuan terkini bersama keluarga dan rakan-rakan. - Adaptasi Grafik Berita Minggu
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg