Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal maut selepas nahas dengan treler, kereta di SLE

Feb 22, 2024 | 6:35 PM
Satu video yang tular di Facebook menunjukkan sebuah khemah biru dipasang berhampiran treler tersebut.
Satu video yang tular di Facebook menunjukkan sebuah khemah biru dipasang berhampiran treler tersebut. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK SINGAPORE ROAD ACCIDENTS, FACEBOOK SINGAPORE INCIDENTS

Seorang penunggang motosikal lelaki berusia 28 tahun maut pada 21 Februari, dalam satu kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah kereta.

Ketika dihubungi, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kemalangan di Ekspreswe Seletar (SLE) yang menuju ke Ekspreswe Central (CTE), sebelum susur keluar Woodlands Avenue 12, sekitar 6.20 petang.

Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tambahnya.

Satu video yang tular di Facebook menunjukkan sebuah khemah biru dipasang berhampiran treler tersebut, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Kemalangan itu menyebabkan dua lorong paling kanan di ekspreswe itu ditutup, menyebabkan kesesakan trafik.

Siasatan polis masih dijalankan.

Kemalangan jalan raya meragut 136 nyawa pada 2023, melonjak 25.9 peratus daripada 108 kematian yang dicatat pada 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg