Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Empat keluarga hidupkan kenangan tidur beramai di rumah nenek

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat keluarga hidupkan kenangan tidur beramai di rumah nenek

Feb 26, 2024 | 06:40 PM



Ramai yang pasti mempunyai kenangan tidur di rumah nenek pada hujung minggu bersama saudara-mara ketika masih muda.

Daripada menjamu selera lauk masakan ‘opah’ atau ‘nyai’ bersama-sama, bergaduh dengan menggunakan bantal kepada mengongsi kisah seram hingga lewat malam dan tidur secara ‘selit-selit’ kerana ketakutan di atas beberapa tilam yang dibentang di atas lantai.

Satu keluarga di sini, baru-baru ini dapat menghidupkan kembali kenangan manis itu dengan melibatkan 29 ahli keluarga ‘disumbatkan’ dalam satu flat tiga bilik rumah orang tua mereka.

Ini paparkan dalam satu video di TikTok yang dimuat naik baru-baru.

Sehingga laporan ditulis, ia telah mencatatkan lebih 247,000 tontonan.

Video itu menunjukkan beberapa keluarga terdiri daripada anak, cucu dan cicit yang memberikan satu kejutan kepada orang tua mereka apabila mereka secara beramai-ramai berkumpul di ruang tamu rumah nenek mereka itu tanpa pengetahuannya.

Apabila nenek mereka keluar dari dapur dan mendapati keluarganya berada di ruang tetamu, beliau kelihatan tersenyum lebar.

Video 35 saat itu, dimuat naik pengguna aiman.d.amani kemudian menunjukkan keluarga tersebut melakukan beberapa permainan, mengadakan sambutan hari jadi dengan memotong kek, bersantai dan lain-lain lagi.

Bercakap kepada Berita Minggu, pengendali akaun itu, Encik Aiman Amani Sahdan, 21 tahun, berkata idea untuk mengadakan acara itu tercetus selepas abangnya terlihat satu video di media sosial.


Dalam video itu, penduduk di luar negara membuat lawatan kejutan ke rumah orang tua mereka untuk tidur di sana tanpa undangan.

“Kami kemudian menyebarkan idea itu dalam kumpulan WhatsApp saudara dan keluarga serta mula mengimbas kembali kenangan tidur beramai di rumah nenek sewaktu kami masih muda lagi,” jelasnya.

“Lagipun, ia baik sebagai satu peluang untuk kami bertemu sekeluarga dan mengekalkan silaturahim lagi.”

Encik Aiman dan saudara-maranya kemudian merancang satu tarikh yang sesuai bagi mereka berbuat demikian iaitu pada 20 Januari.

Ini memandangkan ramai yang mempunyai urusan masing-masing seperti Perkhidmatan Negara (NS) dan pekerjaan sepenuh masa.

Beliau berkata terdapat empat keluarga yang menyertai kegiatan tersebut, meliputi 29 ahli keluarga.

Seramai 15 ahli keluarga, terdiri daripada saudara Encik Aiman yang terus bermalam di rumah nenek mereka yang dipanggil ‘opah’.

Sepanjang malam, keluarga itu mengadakan permainan seperti Uno dan ‘water-pong’ dengan peserta bersaing dengan mencampak bola tenis meja ke dalam cawan yang mengandungi air.

Selain itu, mereka turut saling berkongsi tentang laluan kehidupan masing-masing.

Apabila sudah lewat malam, nenek mereka yang berusia 73 tahun, penjaganya yang juga mak cik Encik Aiman serta pembantu rumah mereka, tidur di bilik masing-masing.

Sementara itu, Encik Aiman dan saudara-maranya pula tidur beramai di ruang tetamu.

“Bab tidur beramai itu, kami memang sudah biasa. Opah selalu mempunyai beberapa tilam tambahan dalam bilik bagi mana-mana ahli keluarga yang mahu menumpang rumahnya,” ujarnya.

“Ada saudara saya yang sudah mempunyai rumah sendiri bawa bantal masing-masing ke rumah opah saya pada hari itu.”

Beliau berkata kegiatan tersebut adalah penting bagi mengekalkan silaturahim keluarganya dan mereka pasti akan mengadakan kegiatan seperti itu lagi, meskipun sudah dewasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >