Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Empat lelaki ditahan kerana import rokok elektronik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat lelaki ditahan kerana import rokok elektronik

Dec 28, 2023 | 04:48 PM



Empat lelaki berusia antara 16 dan 24 tahun telah ditahan dan disiasat kerana disyaki terlibat mengimport rokok elektronik atau e-vaporiser ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas.


Dalam satu kenyataan bersama pada 28 Disember, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan, kesemua mereka adalah warga Singapura.

Pada 21 Disember, pegawai ICA di Pusat Pemeriksaan Tuas mengarahkan sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura menjalani pemeriksaan lanjut.

Semasa pemeriksaan, anggota ICA bertugas menemui 25 keping e-vaporiser dan komponen berkaitan yang tersembunyi dalam beg makanan dan dalam pakaian salah seorang lelaki, di bawah tempat duduk pemandu dan penumpang.


Anggaran nilai pasaran bagi e-vaporiser dan komponen yang dirampas dianggarkan lebih daripada $200, menurut kenyataan itu. Barangan yang dirampas dan lelaki itu kemudiannya dirujuk ke HSA.


Siasatan HSA mendedahkan bahawa lelaki itu telah membeli e-vaporiser dan komponen berkaitan dari sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru dan cuba memasuki Singapura menggunakan kereta yang disewa dari platform perkongsian kereta.


Ia mengingatkan orang ramai bahawa mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk penjualan e-vaporiser dan komponennya adalah satu kesalahan.


Pesalah kali pertama boleh didenda sehingga $10,000, penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Pesalah berulang boleh didenda sehingga $20,000, penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Semua barangan tembakau terlarang juga akan dirampas.

Pemilikan, penggunaan atau pembelian e-vaporiser adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan denda maksimum $2,000.


Pada 27 November, remaja berusia 18 tahun ditahan selepas dia ditangkap cuba menjual e-vaporiser kepada seorang budak lelaki berusia 13 tahun di taman permainan di Toa Payoh.


Pada bulan September, The Straits Times (ST) melaporkan seramai 18 orang telah disabitkan antara April dan Ogos kerana menjual e-vaporiser dan komponen yang berkaitan, dengan jumlah denda yang dikenakan ke atas mereka mencapai $153,000.


Orang ramai boleh melawati laman sesawang HSA untuk mendapatkan maklumat tentang produk tembakau terlarang di Singapura, atau HealthHub untuk butiran tentang bahaya e-vaporiser.


Mereka yang mempunyai maklumat mengenai pengimportan, pengedaran, penjualan atau tawaran untuk penjualan e-vaporiser secara haram boleh menghubungi Cawangan Peraturan Tembakau HSA di 6684-2036 atau 6684-2037 pada waktu pejabat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >