Topik diikuti
Pergi ke BHkuEmpat penjawat politik angkat sumpah sebagai Menteri penuh
Empat penjawat politik angkat sumpah sebagai Menteri penuh
Acara dirasmi oleh Presiden Tharman di Istana pada 27 Jul
Empat penjawat politik angkat sumpah sebagai Menteri penuh
Empat menteri – Encik Jeffrey Siow, Encik David Neo, Encik Ng Chee Meng, dan Cik Sim Ann – telah mengangkat sumpah sebagai Menteri penuh dalam satu upacara yang dirasmikan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam, di Istana pada 27 Julai.
Upacara tersebut turut dihadiri Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang baru-baru ini telah mengumumkan barisan Kabinet baharunya pada 22 Julai di sidang media yang diadakan di Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI).
Dalam Kabinet baharu ini, Encik Siow dinaikkan pangkat sebagai Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Kedua (Kewangan).
Encik David Neo pula dirasmikan sebagai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua (Pendidikan).
Sementara itu, Encik Ng, yang merupakan Anggota Parlimen (AP) Jalan Kayu dan juga Setiausaha Agung, ongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), kembali menyertai Kabinet sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Turut dinaikkan pangkat ialah Cik Sim Ann sebagai Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri).
Dalam sidang media pada 22 Julai, Encik Wong turut mengumumkan Encik Zaqy Mohamad, sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Pertahanan).
Beliau turut mengumumkan pelantikan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, sebagai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar).