Sekitar sejuta transaksi merentasi enam agensi pemerintah telah dikenakan bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) secara salah sejak lima tahun lalu.
Walaupun GST harus dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh agensi pemerintah seperti bayaran untuk penggunaan kemudahan sukan awam atau bayaran sewa gerai penjaja, GST tidak sepatutnya dikenakan ke atas perkhidmatan yang bersifat kawal selia, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada 14 Februari.
Dari 2019 hingga 2023, 18 jenis bayaran kawal selia telah disalah anggap sebagai bayaran pemprosesan oleh Majlis Agensi Hartanah (CEA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Agensi Makanan Singapura (SFA), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Pejabat Penjaga Awam (OPG) di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).
Untuk membetulkan kesilapan itu, agensi-agensi akan menghubungi pembayar cukai terjejas dan mengembalikan bayaran dengan faedah GST yang telah dibayar berdasarkan rekod yang tersedia mulai Mac 2024.
Senarai transaksi yang terjejas adalah seperti berikut:
Majlis Agensi Hartanah (CEA)
Lembaga Perumahan & Pembangunan (HDB)
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA)
Pejabat Penjaga Awam (OPG)
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA)
Agensi Makanan Singapura (SFA)
Untuk pembayaran GST yang salah sebelum 2019, agensi-agensi terlibat akan membuat bayaran balik secara proaktif sekiranya terdapat rekod bayaran tersebut.
Pembayar cukai yang terjejas juga boleh menghubungi agensi untuk mendapatkan bayaran balik, jika mereka tidak dihubungi sebelum 30 Jun.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg