Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pemerintah akan pulangkan $7.5j bayaran GST yang silap dicaj sejak 2019

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan pulangkan $7.5j bayaran GST yang silap dicaj sejak 2019

Semakan MOF dapati 18 bayaran GST merentas enam agensi telah dicaj secara salah
Feb 14, 2024 | 03:57 PM



Sekurang-kurangnya $7.5 juta bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah dikenakan pembayaran secara salah oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan enam agensi pemerintah lain dari 2019 hingga 2023 akan dipulangkan kepada pembayar cukai mulai Mac 2024, kata MOF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Februari.

Menurut MOF, 18 jenis bayaran individu dan perniagaan telah dikenakan GST secara salah apabila mereka membayar untuk perkhidmatan kawal selia seperti untuk memperbaharui lesen ejen hartanah mereka, memohon untuk mengendalikan syarikat pemprosesan makanan dan mendaftarkan surat kuasa berkekalan.

Keenam-enam agensi itu adalah Majlis Agensi Hartanah (CEA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Agensi Makanan Singapura (SFA), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Pejabat Penjaga Awam (OPG) di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Bercakap kepada media pada 14 Februari, agensi-agensi tersebut berkata, mereka telah mengambil langkah segera untuk menghentikan caj GST ke atas bayaran perkhidmatan kawal selia setakat 14 Februari, dan akan mula menghubungi pembayar cukai yang terjejas mulai Mac 2024

“MOF dan enam agensi ini memohon maaf atas kesalahan mengenakan GST. Semua agensi telah mengambil langkah segera untuk menghentikan caj GST ke atas yuran yang terjejas mulai hari ini.

“Pemerintah akan membayar balik pembayar cukai yang terjejas GST yang dikenakan untuk yuran tersebut, dan kami akan membuat proses pembayaran balik itu semudah mungkin,” kata Setiausaha Tetap Kedua MOF, Cik Lai Wei Lin.

Kesilapan itu pertama kali ditemui dalam semakan dalaman oleh MOF pada November 2023, apabila kementerian tersebut sedang melihat bagaimana GST dikenakan ke atas bayaran dan caj pemerintah.

Semakan tersebut berakhir pada Januari 2024 dan mendapati bahawa 18 bayaran GST merentas enam agensi telah dicaj secara salah.

Memandangkan agensi dan entiti berdaftar GST dikehendaki oleh undang-undang untuk menyimpan rekod sehingga lima tahun, MOF berkata pembayar cukai yang terjejas mulai 1 Januari 2019 akan menerima bayaran balik mereka mulai Mac 2024.

Untuk pembayaran GST yang salah sebelum 2019, agensi-agensi terlibat akan membuat bayaran balik secara proaktif sekiranya terdapat rekod bayaran tersebut.

Pembayar cukai yang terjejas juga boleh menghubungi agensi untuk mendapatkan bayaran balik, jika mereka tidak dihubungi sebelum 30 Jun.

Menurut sistem GST Singapura, GST tidak sepatutnya dikenakan ke atas bayaran untuk perkhidmatan kawal selia yang merupakan jenis perkhidmatan yang memerlukan agensi pemerintah untuk menentukan sama ada perniagaan atau orang layak untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti, berdasarkan peraturan atau undang-undang rasmi.

Dalam kes ini, bayaran untuk perkhidmatan telah disalah anggap oleh agensi sebagai bayaran pemprosesan. GST dikenakan ke atas perkhidmatan pemerintah seperti penggunaan kemudahan sukan awam atau bayaran sewa gerai penjaja.

Untuk mengelakkan kesilapan sedemikian pada masa hadapan, MOF berkata ia akan membuat pindaan perundangan kepada Akta GST dalam beberapa bulan akan datang untuk menjelaskan perihal GST, dan untuk menetapkan senarai bayaran kawal selia di mana GST tidak sepatutnya dikenakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >