Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

PM Lee: Hemat guna rizab, penuhi keperluan sekarang, masa depan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Hemat guna rizab, penuhi keperluan sekarang, masa depan

Feb 10, 2024 | 05:30 AM



Hari ini, kita telah mengadakan perdebatan panjang lebar mengenai rizab masa lalu – berapa banyak yang perlu digunakan, berapa yang cukup.

Bagaimana kita boleh sampai ke sini?

Tetapi jangan kita lupa: alangkah bertuahnya mendapat keistimewaan untuk membahaskan hal ini. Mempunyai simpanan masa lalu untuk dibahaskan. Bagaimana kita boleh sampai di sini, dalam kedudukan yang membuat orang lain berasa iri hati? Anggota Parlimen akan tahu bahawa Singapura tidak bermula dengan banyak perkara. Pada 1959, ketika PAP (Parti Tindakan Rakyat) mula-mula memerintah, Dr Goh Keng Swee dilantik sebagai Menteri Kewangan. Beliau segera mendapati bahawa Perbendaharaan hampir tiada wang.

Beliau terpaksa melaksanakan langkah penjimatan segera, termasuk pemotongan gaji penjawat awam dan menteri. Hanya pada awal 1980-an, selepas dua dekad pembangunan negara, barulah kita mula berupaya mengumpulkan wang simpanan. Pada masa itu, nenek moyang kita memikirkan apa yang perlu dilakukan.

Ini kerana, mereka menjangkakan tekanan politik untuk membelanjakan rizab ini akan meningkat; dan jika simpanan yang diperoleh dengan susah payah ini tidak dilindungi dengan betul, dibelanjakan dengan mudah dan tidak bijak, dan apabila habis dibelanjakan, ia hilang. Mereka berasa mereka perlu melakukan segala yang mereka mampu, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

Maka pada 1984, di Rapat Hari Kebangsaan, Encik Lee Kuan Yew bercakap tentang bagaimana rizab boleh dihabiskan oleh pemerintah yang boros, perbelanjaan wang yang tidak diperoleh sendiri dalam satu tempoh.

Beliau menyarankan satu prinsip mudah: jika pemerintah ingin berbelanja, ia mesti terlebih dahulu menambah wang – sama ada dengan menaikkan cukai, atau membuat pelaburan yang bijak, atau beberapa cara lain yang langsung, terbuka, betul; tetapi bukan dengan menggunakan rizab masa lalu yang telah diwarisinya.

Untuk mencegah pemerintah penyangak merampas rizab, Encik Lee mencetuskan idea seorang Presiden yang dipilih secara langsung oleh rakyat, yang akan mempunyai kuasa perlembagaan dan moral, kuasa untuk melindungi rizab dan boleh berkata tidak jika pemerintah mahu membelanjakannya untuk tujuan yang tidak bijak. Itulah konsep Kunci Kedua.

Empat tahun kemudian pada 1988, pemerintah PAP menerbitkan Kertas Putih mengenai skim Presiden Dipilih. Profesor Jayakumar menyelia penggubalan dan saya membantunya.

Kami menjadikan saranan Presiden Dipilih sebagai isu utama dalam pilihan raya umum 1988. Selepas pilihan raya, pada Januari 1991 kita meminda Perlembagaan untuk mewujudkan Presiden yang dipilih. Encik Wee Kim Wee, yang ketika itu sudah menjadi Presiden, mengambil alih kuasa kustodian (pemegang amanah) baru, dan menjadi Presiden pertama memegang Kunci Kedua.

Kami mereka bentuk keseluruhan sistem untuk melindungi rizab, di mana-mana sahaja rizab mungkin ada. Kunci Kedua ini digunakan terhadap Pemerintah, terutama Kementerian Kewangan, tetapi juga kepada apa yang kita panggil entiti ‘Jadual Kelima’.

Jadual Kelima kerana ia adalah jadual kelima yang dilampirkan pada perlembagaan. Entiti Jadual Kelima ini ialah MAS (Penguasa Kewangan Singapura), Temasek, GIC (Perbadanan Pelaburan Pemerintah Singapura), CPF (Tabung Simpanan Pekerja), JTC (Perbadanan Bandar Jurong), HDB (Lembaga Perumahan dan Pembangunan).

Mengapa kami masukkan enam entiti ini?

MAS – kerana itu adalah rizab asing rasmi kita. Temasek – itu adalah pelaburan langsung kami. GLC – adalah syarikat berkaitan pemerintah. GIC – ia tidak mempunyai banyak wang sendiri, tetapi ia adalah pengurus wang pemerintah, wang MOF (Kementerian Kewangan). CPF – iaitu simpanan rakyat Singapura. Bukan wang pemerintah sebenarnya, tetapi jika anda mempunyai sebuah pemerintah penyangak, ini juga akan berisiko.

Kemudian JTC dan HDB. Kenapa? Kerana tanah. Mereka memiliki dan mengurus tanah: untuk perindustrian, perumahan, dan untuk kegunaan lain. Tanah mempunyai nilai, dan di Singapura, tanah selalunya sangat berharga. Oleh itu kita mesti melindungi tanah kita, dan tidak membenarkan pemerintah melakukan sesukanya dan merupakan bentuk pemberian rahsia.

Kami membincangkan beberapa kemungkinan hari ini. Begitulah kami bermula. Keutamaan pertama kami ialah memastikan jumlah modal dalam rizab selamat. Kami tidak memikirkan terlalu mendalam tentang berapa banyak pendapatan yang perlu dibelanjakan. Kami hanya mengambil pandangan perakaunan yang memenuhi piawaian, yakni pendapatan daripada rizab akan menjadi faedah dan dividen yang kami peroleh daripada pelaburan kami.

Kami menyebutnya sebagai Pendapatan Pelaburan Bersih (NII). Kami memutuskan bahawa pemerintah pada hari ini boleh membelanjakan 100 peratus daripada NII. Tetapi sebenarnya kami tidak membelanjakan apa-apa daripada NII, kerana kami masih mempunyai belanjawan berlebihan yang selesa.

Kemudian, apabila Encik Ong Teng Cheong dipilih sebagai Presiden, beliau mempersoalkan peraturan ini. Beliau bertanya: Mengapa kita membenarkan diri kita membelanjakan 100 peratus daripada NII?

Beliau berhujah, dengan betul, bahawa kita juga harus mengetepikan sesuatu untuk masa depan. Kerana apabila tahun berlalu, apabila ekonomi berkembang, jika jumlah rizab anda kekal malar, ia menjadi lebih kecil berbanding ekonomi dan anda sepatutnya membolehkan rizab juga berkembang.

Jadi persoalannya ialah: berapa banyak yang perlu disediakan untuk masa depan, di samping membolehkan generasi sekarang mendapat manfaat daripada rizab? Tiada peraturan ajaib untuk ini, tetapi kami tiba pada pembahagian 50-50. Terdapat kesederhanaan dan keadilan tertentu untuk itu; pembahagian semula jadi yang kita selesaikan antara Presiden dengan pemerintah.

Ia adalah mudah, ia adalah intuitif, semua orang boleh memahaminya. Kami membahagikan perbezaan antara sekarang dengan masa depan.

Maka pada 2001, Parlimen meluluskan pindaan perlembagaan untuk melindungi 50 peratus daripada NII, dan menambahnya kepada rizab. Manakala 50 peratus lagi, boleh dibelanjakan oleh pemerintah hari ini. Lima puluh peratus buat masa ini, dan 50 peratus untuk masa hadapan.

Sepanjang dekad yang akan datang, apabila kami memperoleh pengalaman kendalikan perlindungan, kami halusinya secara berperingkat.

Saya telah terlibat rapat dalam proses ini, mula-mula bekerja dengan Profesor Jayakumar di bawah Perdana Menteri Goh Chok Tong, kemudian sebagai Perdana Menteri.

Dari masa ke masa, kami menyedari bahawa NII mungkin bukan ukuran terbaik tentang apa yang anda patut belanjakan. Ini kerana, apabila kita melabur, kita bukan hanya melihat pendapatan daripada dividen dan faedah – kita juga mengharapkan untuk membuat keuntungan modal, yang selalunya lebih penting daripada dividen pembayaran.

Sebagai contoh, jika anda telah membeli saham Facebook – saya tidak membelinya tetapi jika anda telah beli – pada IPO (Tawaran Awam Awal) mereka pada 2012 pada harga AS$38 ($51), semalam anda akan mendapati nilainya telah meningkat 12 kali ganda – kerana Meta ditutup pada AS$455 semalam.

Tetapi anda tidak akan menerima satu sen dividen pun. Meta akan membayar dividen pertama mereka pada Mac. Jadi dalam keadaan seperti itu, bolehkah kita katakan bahawa pulangan daripada pelaburan adalah sifar? Tidak, ia salah.

Kami putuskan bahawa kami harus mempertimbangkan bukan sahaja kepentingan dan dividen, malah termasuk keuntungan modal, dan sudah tentu, anda juga mesti mengambil kira kerugian modal.

Maksudnya: perbelanjaan atas dasar daripada pulangan pelaburan keseluruhan – keuntungan dan kerugian modal, ditambah dengan pendapatan, ditambah pendapatan, faedah dan dividen – bukannya pendapatan pelaburan sahaja.

Kami juga mengkaji bagaimana institusi lain yang telah membina endowmen dana yang besar menguruskannya, terutama universiti terkemuka Amerika Syarikat seperti Yale dan Harvard.


Harvard mempunyai dana terbesar. Yale mempunyai dana yang agak besar, tetapi Yale mempunyai model yang sangat berjaya dan sangat dihormati.


Kami belajar bagaimana mereka melaksanakan peraturan perbelanjaan yang tekal. Bagaimana mereka merapikan kaedah penarikan dana, kerana dari tahun ke tahun prestasi dana boleh menjadi tidak menentu.


Kita mesti faham ini. Kami boleh mengunjurkan pulangan 4 peratus buat jangka panjang. Tahun depan (2025), apa yang anda akan perolehi? Hanya Tuhan yang tahu. Ia boleh bertambah 10 peratus, boleh berkurangan 10 peratus.


Diharapkan selepas 20 tahun, akan terjadi seperti apa yang anda unjurkan, tetapi ia benar-benar tidak menentu dari tahun ke tahun.


Anda perlu mencari beberapa cara bijak untuk melancarkannya, supaya anda boleh berbelanja secara berterusan dan tidak tercekik.


Saya bertemu Encik Leonard Baker, yang mempengerusikan Jawatankuasa Pelaburan Yale, untuk memahami bagaimana Yale melakukannya.


Kebetulan beliau duduk dalam panel penasihat pelaburan GIC. Kami mengkajinya, kami memodelkan peraturan kami pada idea-idea ini, dengan mengambil kira konteks politik dan perlembagaan kita, yang menjadikannya lebih rumit untuk kami laksanakan, berbanding dengan universiti Amerika itu.


Pada 2008 kami meminda Perlembagaan sekali lagi, untuk menyatakan bahawa pemerintah akan membelanjakan daripada Pulangan Pelaburan Bersih (NIR) dan bukannya NII.

Kami tetap mengekalkan peraturan 50 peratus itu. Pemerintah boleh belanjakan 50 peratus daripada Pulangan Pelaburan Bersih, bukannya 50 peratus daripada Pendapatan Pelaburan Bersih.

Kami namakan jumlah ini, yang boleh diambil oleh pemerintah daripada rizab dan dimasukkan ke dalam belanjawan tahunan untuk dibelanjakan, sebagai NIRC (Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih).

Beginilah cara kami sampai pada sistem hari ini, untuk membelanjakan separuh daripada pulangan pelaburan dan menyelamatkan separuh lagi, selepas beberapa dekad menapis dan menambah baik sistem, mengujinya, memastikan ia berfungsi seperti yang dimaksudkan.

Adalah penting untuk dimasukkan ke dalam konteks betapa berharga aset rizab kita kepada Singapura. Seperti yang anda telah dengar, NIRC menyumbang satu perlima (20 peratus) daripada hasil mahsul pemerintah.

Ia adalah sekitar 3.5 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) – lebih daripada apa yang kita belanjakan untuk mana-mana satu kementerian, lebih daripada yang kita belanjakan untuk pertahanan, pendidikan, kesihatan. Ia adalah 3.5 peratus daripada GDP setiap tahun.

Kami tidak perlu untuk menaikkan cukai, kami tidak perlu mengutip yuran.

Mereka hanya perlu memastikan bahawa Temasek, GIC, MAS diuruskan dengan baik. Setiap tahun, anda berharap sepatutnya mendapat 3.5 peratus daripada GDP. Bagaimana ia dibandingkan dengan sumber pendapatan kita yang lain?

Kadar 3.5 peratus daripada GDP itu adalah lebih kurang sama dengan hasil cukai pendapatan korporat, ia adalah 1.4 kali hasil cukai pendapatan peribadi, ia adalah 1.3 kali pendapatan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Andaikan kita tidak mempunyai NIRC daripada rizab. Apa yang akan kita lakukan?


Anda ada pilihan: Anda boleh menggandakan cukai pendapatan korporat, lebih daripada dua kali ganda cukai peribadi, atau anda boleh gandakan GST secara kasar – jadi bukannya 9 peratus, mungkin 18 atau 20 peratus. Itulah yang dapat kita lakukan dengan NIRC. Itulah beban yang telah diambil oleh NIRC daripada pembayar cukai Singapura.


Kita berada di sini hari ini, kerana nenek moyang kita mempunyai kebijaksanaan membina rizab, dan wawasan untuk menjangka tekanan politik untuk membelanjakannya dan imaginasi untuk mereka bentuk skim Dua Kunci untuk melindungi simpanan untuk generasi seterusnya.


Inilah maksud pengurusan. Meskipun adanya perlindungan perlembagaan, tekanan untuk menarik rizab akan tetap ada, terutamanya apabila keperluan perbelanjaan semakin meningkat. Oleh itu berulang soalan dan tuntutan. Berapa banyak yang kita ada? Adakah kita mempunyai terlalu banyak?


Adakah kita menyimpan terlalu banyak? Tidakkah kita boleh menjimatkan sedikit sahaja? Jika anda melihat kepada Hansard, anda akan tahu bahawa ini bukanlah kali pertama perkara ini dibincangkan.


Tidak syak lagi pembangkang akan menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab, dan memberikan banyak alasan yang munasabah untuk menggunakan rizab. Pastinya membelanjakan lebih sedikit, lebih sedikit sahaja, tidak akan menghabiskan wang?


Sudah tentu tidak mengapa untuk bercakap tentang pendapatan atau pulangan dan kami tidak menyentuh prinsipnya. Sudah tentu kita boleh menangani soal tanah secara berbeza daripada aset lain? Tidak perlu meletakkan hargai sepenuhnya – pengorbanan rakyat. Sebaik sahaja kita mengambil pemikiran itu, kita masuk ke dalam lubang yang dalam.


Berapa banyak yang cukup?

Berapa banyak yang cukup? Bagi saya, itu adalah soalan yang salah untuk ditanya. Ia adalah salah tanggapan, saya pernah mengatakannya sebelum ini tetapi ia adalah benar. Ia adalah satu tanggapan yang salah terhadap rizab kita, terdapat jumlah tertentu – katakan $X bilion – itu sudah cukup.

Kemudian anda mempunyai lebih daripada $X bilion dalam rizab, ia terlalu banyak. Kami mempunyai kurang daripada $X bilion dalam rizab, ia terlalu sedikit. Sebenarnya tidak ada angka sedemikian.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan: krisis apa yang akan kita hadapi, berapa banyak yang kita perlukan.

Apabila Krisis Kewangan Sejagat berlaku pada 2008 – 2009, kami menggunakan rizab masa lalu kami buat kali pertama. Kami membuat Pakej Ketahanan, $20.5 bilion, yang mana, $4.9 bilion datangnya daripada rizab masa lalu.

Kami laksanakan Skim Kredit Pekerjaan untuk membantu majikan membayar CPF dan untuk melindungi pekerjaan. Kami mempunyai Inisiatif Perkongsian Risiko Khas untuk menggalak bank memberi pinjaman dan pemerintah akan berkongsi peluang daripada memberi pinjaman.

Pada akhirnya, kami sebenarnya mengambil $4 bilion daripada rizab masa lalu. Ekonomi pulih lebih cepat daripada yang kita jangkakan, dan pemerintah memulangkan sepenuhnya $4 bilion itu pada akhir tempohnya.

Semasa krisis, kami juga menggunakan rizab masa lalu, untuk menjamin deposit di bank perdagangan. Kami pagari $150 bilion untuk tujuan ini. Kami berkata demikian, bahawa kami akan mengetepikan $150 bilion daripada rizab untuk menyokong jaminan ini.

Ia bukan sekadar kata-kata, tetapi melakukan dengan sebenarnya. Syukurlah tiada bank yang gagal, dan kami tidak perlu menyentuh wang itu. Kami telah dapat memberi jaminan yang boleh dipercayai untuk meningkatkan keyakinan terhadap sistem perbankan kita, dan mungkin menghalang berlakunya pelarian.


Deposit boleh lesap daripada sistem perbankan kita, pergi ke lain negara. Sistem perbankan akan musnah. Kadar pertukaran akan jatuh. Mereka mengatakan ia tidak berlaku, ia tidak boleh berlaku. Tapi saya katakan, sedarlah.


Jadi adakah $4 bilion itu cukup? Satu lagi krisis, Covid-19, apabila ia melanda kita, ia berbeza sama sekali. Kita berjaya mendapatkan kelulusan daripada Presiden untuk mengambil sehingga $69 bilion daripada rizab masa lalu. Ini adalah untuk peralatan perubatan, untuk ujian, untuk skim bantuan dan pakej Jaminan.

Kami menyelamatkan nyawa, dan kami menyelamatkan mata pencarian. Pada akhirnya, kami sebenarnya mengeluarkan kira-kira $40 bilion.

Tidak mungkin boleh memulangkan $40 bilion itu ke dalam rizab dalam masa terdekat. Sekali lagi, semasa Covid-19, rizab yang kami ada adalah satu kelebihan yang luar biasa. Ia memberi kita keyakinan, dan memberi keyakinan kepada orang lain terhadap kita.

Kami mempunyai kekuatan kewangan untuk melakukan semua yang perlu kami lakukan, tanpa dicengkam hutang, tidak seperti yang berlaku di banyak negara lain.


Kementerian Kesihatan boleh menumpukan perhatian kepada tugas mereka. Kementerian Pendidikan boleh menumpukan perhatian kepada pengaturan mereka. Kementerian Pembangunan Negara dan Kementerian Tenaga Manusia boleh menjaga asrama.


Anda lakukan apa yang perlu, sumber akan disediakan. Ia adalah kemewahan yang luar biasa. Tanpa rizab, adakah kita berani membuat tempahan awal ubat vaksin, walaupun sebelum diuji dan terbukti, dan dihasilkan?


Adakah kita mampu membayar sehingga 75 peratus daripada gaji semasa krisis, melalui Skim Sokongan Pekerjaan, untuk melindungi pekerja dan untuk mengelakkan syarikat daripada ditutup?


Jadi kami telah mengeluarkan $40 bilion pada akhirnya. Adakah $40 bilion itu cukup? Covid-19 tidak akan menjadi pandemik terakhir kita, mahupun yang paling serius. Ia adalah jauh daripada perkara yang paling buruk yang boleh berlaku kepada kita.


Jika kita mendapati diri kita berada dalam peperangan seperti Ukraine, berapa banyak yang mencukupi? Perang merugikan Ukraine AS$100 juta sehari. Negara ini sangat bergantung kepada sokongan Amerika Syarikat dan Eropah.


Amerika telah berikrar memberikan bantuan bernilai lebih AS$100 bilion dalam bidang kemanusiaan, kewangan, sokongan ketenteraan.


Kini, bantuan tambahan sebanyak AS$60 bilion lagi sedang dibahaskan. Pentadbiran Amerika mahu melakukannya. Wang itu terdesak diperlukan di Ukraine. Bukan sahaja wang bahkan senjata api, senjata, peluru, dan banyak lagi.


Eropah juga telah mengeluarkan hampir AS$100 bilion setakat ini dan baru sahaja menambah lagi €50 bilion dalam bentuk geran dan pinjaman selama empat tahun.


Banyak kebimbangan dan perdebatan, dan perselisihan berlaku. Hungary mempunyai pandangan sebaliknya.


Tanpa sokongan pembiayaan luar ini, perang Ukraine telah berakhir. Berapa lama lagi Amerika dan Eropah boleh mengekalkan sokongan ini kepada Ukraine?


Memandang ke hadapan selama 50 tahun, bolehkah sesiapa menjanjikan Singapura akan menikmati setengah abad lagi kedamaian dan ketenangan? Atau menjamin seseorang akan datang untuk menyelamatkan kita, jika kita mendapati diri kita berada dalam keadaan yang sama seperti Ukraine?


Jadi kembali kepada soalan – untuk Singapura, sebanyak mana yang dikatakan mencukupi?


Tidak ada jawapan yang wajar bagi menjawabnya. Kami tidak boleh mengatakan dengan pasti sebanyak mana ia mencukupi, kerana kita tidak tahu apakah bentuk krisis yang akan kita hadapi pada masa depan, atau bagaimana pelaburan kita akan berlaku.


Tetapi itu tidak bermakna kita harus menyimpan setiap dolar yang ada tanpa memikirkan keperluan semasa. Sebaliknya, minda kita sepatutnya menganggap rizab masa lalu itu sebagai sumber berharga yang dimiliki yang telah dibina oleh generasi rakyat Singapura.

Bermula dengan Generasi Perintis, tetapi diteruskan dengan Generasi Merdeka, dan dengan generasi terkemudian sehingga hari ini. Ia adalah suatu sumber.

Berapa banyak? Ia tidak penting. Walau apa pun jumlahnya, kita ketepikan sebagai tabungan untuk masa yang diperlukan. Kami menggunakan separuh daripada pulangan pelaburan untuk menambah bajet kami setiap tahun.


Selebihnya kita sentuh sahaja apabila tiba masa keperluan luar biasa, atau semasa krisis, dengan kebenaran khas daripada Presiden.


Jika dalam satu penggal pemerintah kita kebetulan terkumpul lebihan, maka kita masukkan ke dalam rizab. Semoga, kita dapat mengekalkan simpanan dan terus menambahnya secara beransur-ansur tahun demi tahun, bukan hanya untuk generasi ini, tetapi untuk masa hadapan juga.


Peraturan perbelanjaan yang telah kita setujui dan termaktub dalam Perlembagaan, ialah 50-50. Separuh untuk sekarang, separuh untuk masa hadapan.


Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, ini adalah adil dan juga berlaku kira-kira perkadaran mampan yang betul untuk mengekalkan rizab, mengikut kadar GDP.


Mari kita anggap jangka panjang jangkaan pulangan sebenar sebanyak 4 peratus. Lebih kurang begitu. Anda boleh lihat daripada angka GIC. MAS rendah sedikit. Temasek lebih tinggi sedikit. Tetapi katakan 4 peratus.


Peraturan 50-50 bermakna kita membelanjakan 2 peratus, kita menjimatkan 2 peratus. Ini bermakna rizab perlu berkembang kira-kira 2 peratus setahun. Kerana, tidak ada tempat lain untuk rizab berkembang.


Tanah, ia adalah penukaran. Bajet kerana ia bukan dalam lebihan. Meminjam, mengeluarkan sekuriti pemerintah, itu bukan wang kita sebenarnya. Ia dipinjam dan suatu hari nanti ia akan dituntut.

Pertukaran asing, itu juga bukan wang kita sebenarnya kerana sama seperti orang boleh bawa duit untuk disimpan di bank Singapura, mereka boleh bawa wang keluar dari bank Singapura bila-bila masa.

Jadi hanya kerana bakinya duduk di sana, ini tidak bermakna anda boleh membawanya pulang.

Jadi 50-50, 2 peratus kembali ke dalam rizab, rizab akan berkembang, semua perkara berjalan lancar, 2 peratus setahun.

Ekonomi kita, semua perkara berkembang dengan baik, juga akan berkembang, kira-kira 2 peratus setahun.

Oleh kerana tenaga kerja rata, penghasilan saya, jika saya bekerja keras, saya mendapat pertumbuhan penghasilan 1.5 peratus setahun. Jadi untuk membuat 2 peratus, 2.5 peratus, kenalah bekerja keras dan berfungsi dengan baik.


Dengan kata lain, pada tetapan semasa dengan dasar semasa kami, rizab akan bertambah kira-kira 2 peratus setahun. GDP akan meningkat kira-kira 2 peratus setahun. Bakinya adalah sama setiap tahun. Ia tidak semakin besar, dan semakin banyak rizab sementara GDP merosot.


Maka sumbangan kepada belanjawan kami, NIRC, akan sama setiap tahun, kira-kira 3.5 peratus (daripada GDP). Jika anda melihat belanjawan kami, belanjawan lima tahun yang lalu, semua angka diterbitkan, anda akan melihat bahawa ia telah menjadi kira-kira 3.5 peratus setahun.


Ia tidak sampai 3.5 peratus, 4 peratus, 5 peratus, mencadangkan bahawa saya mempunyai lebih banyak wang dalam simpanan.


Jadi jika saya terus melakukan ini, saya akan terus dapat melakukan ini, dan berbelanja 3.5 peratus daripada rizab setiap tahun, menjimatkan GST dua kali ganda.


Saya fikir itu satu perkara yang baik.


Itulah cara untuk melindungi simpanan kita.

Ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Iya, rakyat Singapura berdepan kos sara hidup yang lebih tinggi. Ya, keperluan perbelanjaan kita meningkat, dan kami memerlukan lebih banyak program untuk memenuhi dan menjaga penduduk yang semakin tua.

Ya, pemerintah memang ada banyak program untuk membantu rakyat Singapura menghadapi kos sara hidup. Sebenarnya, kita ada meliputi bukan sahaja generasi sekarang dan generasi muda, tetapi juga generasi yang lebih tua juga, kerana kami mempunyai Pakej Generasi Perintis, dan Pakej Generasi Merdeka.

Kami tidak melupakan orang yang membawa kami di sini tetapi setiap generasi mesti berbelanja mengikut kemampuan, dan setiap generasi telah dapat berbelanja mengikut kemampuan kita.


Ia bermakna bahawa dari semasa ke semasa, kita perlu menyemak semula cukai kita, menaikkan sebahagian daripadanya. Seperti GST, yang kita baru naikkan kepada 9 peratus.


Kami mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian, yang telah diperdebatkan secara meluas. Keperluan perbelanjaan kami telah meningkat – terutamanya untuk penjagaan kesihatan dan penduduk yang semakin tua.


Kita tahu bahawa kita akan memerlukan wang itu lebih awal. Mengapa kita melakukan ini? Ia bukan hanya untuk keseronokan. Tiada siapa yang suka kenaikan cukai. Kementerian Kewangan juga tidak mahu.


Mengapa pemerintah perlu secara sukarela melakukan sesuatu yang diketahuinya akan menjadi tidak popular? Tetapi jika ia perlu dilakukan, kami akan melakukannya dan itulah yang dimaksudkan dengan tanggungjawab untuk mentadbir negara.

Kita dapat sampai di sini kerana penjagaan yang teliti oleh nenek moyang kita. Walaupun kesukaran dan cabaran yang mereka hadapi, mereka masih mengetepikan simpanan, jadi kita boleh menikmati sumber ini hari ini.


Kita lebih baik untuk itu, dan berterima kasih kepada mereka untuk itu. Sekarang, kita juga harus menunaikan kewajipan kita terhadap anak dan cucu kita, untuk melindungi minat mereka terhadap simpanan ini. Ia adalah wang rakyat Singapura.


Ya, tetapi ia bukan wang hanya generasi rakyat Singapura ini. Ia juga milik generasi akan datang, dan kami mempunyai tanggungjawab kepada kedua-duanya.


Jika kita memenuhi tanggungjawab itu, anak-anak dan cucu-cucu kita akan mendapat manfaat daripada aliran pulangan yang berterusan daripada rizab.


Ia juga boleh menjadi payung bagi melindungi mereka, apabila datang hujan.


Kita tidak boleh menghakis harta pusaka, harta keluarga ini, yang diwarisi daripada nenek moyang kita, dan jangan pula kita membebankan generasi masa depan dengan hutang atau menggadaikan masa depan mereka.

Kami adalah penerima manfaat pengorbanan dan wawasan nenek moyang kita. Tetapi kami juga pemegang amanah, melindungi warisan ini untuk generasi akan datang. Ia bukan hanya untuk kami, dan kami mempunyai tanggungjawab kepada anak dan cucu kita.

Ini adalah etos dan padat yang telah ditempa oleh generasi rakyat Singapura. Dan ia adalah satu yang sebenarnya telah dipertahankan oleh mereka yang duduk berhadapan dalam Dewan ini.

Semasa Krisis Kewangan Sejagat, kami telah mengemukakan Belanjawan 2009 untuk menangani krisis. Kami mempunyai bajet krisis. Ini adalah bajet di mana kita mempunyai Skim Kredit Pekerjaan. Kami akan menarik $4.9 bilion daripada rizab masa lalu.

Dalam perbahasan Belanjawan, Encik Low Thia Khiang mempersoalkan mengapa pemerintah mahu mengambil rizab masa lalu, bukannya menggunakan penjimatan daripada bajet semasa pemerintah.

Beliau berkata, “Apa yang luar biasanya dengan pakej ketahanan hingga pemerintah akan menggunakan rizab kita untuk membiayai dua komponen utama pakej itu – Skim Kredit Pekerjaan, dan Inisiatif Perkongsian Risiko Khas.

“Rizab masa lalu ialah aset strategik yang dimaksudkan untuk digunakan pada masa keperluan, terutama apabila pemerintah menghadapi kekangan kewangan, kerana perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang memerlukan pemerintah bertindak demi kepentingan negara.

“Oleh itu saya terkejut bahawa pemerintah telah memilih untuk menubuhkan satu kaedah dalam meminta Presiden meluluskan pengeluaran rizab masa lalu kita, sedangkan ia mempunyai simpanan yang mencukupi daripada tempoh pemerintah semasa untuk membiayai keseluruhan Pakej Ketahanan, dan defisit belanjawan yang terhasil yang Menteri Kewangan telah menganggarkan pada jumlah tertentu.”

Bantahan sopan Anggota Pembangkang

Jadi, ia adalah soalan yang munasabah. Sebenarnya ia adalah bantahan yang sangat sopan dan beliau betul kerana telah membangkitkannya dan kami membahaskan perkara itu. Jawapan kami ialah, kami melakukan ini supaya kami mempunyai rizab kecemasan, dan terdapat rizab semasa yang mungkin kita perlukannya nanti. Kami ketepikannya. Jika perlu, kami akan menggunakannya.

Ternyata, mujurlah kami tidak perlu melakukannya. Dua tahun kemudian, pada 2011, apabila pemerintah memulangkan semula $4 bilion kepada simpanan masa lalu, Encik Low (Thia Khiang) bercakap lagi.

Beliau melakukan perkara yang terhormat dan memuji pemerintah. Katanya dalam perbahasan bajet 2011: “Kesimpulannya, tuan, belanjawan tahun ini telah melakukan satu perkara yang betul. Ia secara berhemah telah memasukkan semula ke dalam Rizab Masa Lalu $4 bilion yang telah diambil pada 2009.”

Jadi beginilah cara Pembangkang yang bertanggungjawab. Terdapat komitmen bersama untuk menjaga rizab masa lalu kita kerana ia adalah aset strategik hanya untuk digunakan dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sekarang saya mendengar pembangkang berhujah bahawa kita harus mengubah peraturan dan menarik lebih banyak daripada simpanan, dan sudah tentu mereka tidak berniat menjarah rizab, jauh sekali mahu memufliskan Singapura.

Mereka kata, kita boleh dengan mudah mampu apa yang mereka cadangkan, saya simpulkan lagu mereka telah berubah.

Boleh saya ingatkan mereka bahawa perubahan yang mereka cadangkan bukan semata-mata perubahan dasar, tetapi memerlukan pindaan perlembagaan untuk mengeluarkan dan berbelanja lebih daripada rizab masa lalu, yang dilindungi oleh Presiden.

Sesetengah orang mengatakan lebih sukar bagi generasi ini untuk mematuhi peraturan fiskal ketat yang sama seperti dahulu.


Mereka mengatakan bahawa kini pertumbuhan adalah lebih perlahan, dan kos hidup telah meningkat. Ini memang benar.


Tetapi nenek moyang kita yang mengetepikan lebihan yang berkembang menjadi rizab tidak juga lebih kaya daripada kita sekarang.


Taraf hidup kita adalah dua atau tiga kali ganda lebih tinggi daripada mereka. Namun mereka menyimpan lebihan untuk masa depan, sedangkan sekarang kita mendengar hujah-hujah kita perlu ambil lebih banyak lagi daripada rizab itu, atas alasan kita perlukan wang lebih segera hari ini.


Ada pepatah Cina: bermaksud susah untuk bermula, lebih sukar untuk meneruskannya, tetapi terlalu mudah untuk merosakkan dan kehilangan segala-galanya.


Encik Lee Kuan Yew dan pasukannya telah menjangkakan keputusan ini, tekanan politik ini. Mereka tahu bahawa akan sentiasa ada banyak akan menuntut untuk menarik sumber pemerintah.

Setiap Anggota Parlimen mempunyai alasan istimewa. Kita semua mahu lebih banyak perkara dilakukan. Tetapi kita juga tahu dan Encik Lee tahu bahawa wang akan sentiasa tidak mencukupi.


Beliau tahu bahawa ia akan sentiasa sukar dari segi politik untuk menaikkan cukai. Itulah sebabnya beliau dan rakan-rakannya membentuk dan melaksanakan skim Dua Kunci.


Beberapa rakan sekerja kanan Encik Lee memberitahunya bahawa dalam mengunci simpanan, beliau mencuba sesuatu yang mustahil. Kerana falsafah mereka ialah: jika satu generasi mahu membelanjakan wang itu, entah bagaimana mereka akan mendapatkannya dan mereka akan melakukannya.


Encik Lee tidak bersetuju, dan memutuskan beliau perlu mencuba yang terbaik. Terserah kepada kita sekarang membuktikan bahawa kita boleh melindungi simpanan ini dan Rakyat Singapura mampu menjadi berhemat dan bertanggungjawab jauh melebihi generasi pengasas.


Kami bertanggungjawab, suatu hari nanti sebagai nenek moyang kepada generasi yang bakal lahir nanti.

Pemerintah dipilih bukan sahaja untuk menjaga rakyat hari ini, tetapi juga untuk menjamin masa depan negara.

Pemerintah PAP sentiasa melakukan kedua-duanya. Tetapi dalam menjaga rakyat hari ini, kami sangat sedar menjaga kepentingan anak muda belum mengundi, bakal rakyat belum lahir, dan kepentingan jangka panjang Singapura.

Pada 2001, apabila kita memulakan peraturan 50 peratus yang digunakan untuk NII dan meminda perlembagaan, Encik Lee campur tangan dalam perbahasan kerana beberapa ahli parlimen mencadangkan tujuan yang baik untuk membelanjakan wang itu, terutamanya orang tua.


Beliau mengingatkan semua orang di Parlimen, dengan berkata: “Pada akhirnya, kepada siapa kita berhutang kewajipan paling mendalam sebagai pemerintah? Untuk masa depan. Bukan hanya untuk sekarang, dan sudah tentu bukan masa lalu.”


Kita mesti melindungi rizab masa lalu. Ia adalah sumber berharga kita, kelebihan strategik kita. Ia adalah sumber keselesaan dan jaminan yang hebat jika kita berada dalam kesesakan, atau mendapati diri kita berada dalam kesempitan – yang pasti akan berlaku setiap beberapa tahun dan bukan terlalu lama.


Kita tidak akan melarat. Negara lain mengagumi malah iri hati dengan apa kita ada, tetapi mereka amat sukar untuk mencontohi apa yang telah kita lakukan.


Ia adalah hanya di Singapura, hanya dalam keadaan itu, hanya dengan sejarah itu dan generasi itu, dan fasa pembinaan negara yang boleh kita lakukan. Jika ia hilang, kita tidak akan dapat melakukannya lagi.


Oleh itu, kita sendiri mesti berusaha secara sedar untuk mengekalkan sistem kita ini. Rakyat Singapura perlu mempunyai naluri yang betul – menyimpan apabila kita boleh, tahan tekanan untuk menyentuhnya, dan gunakan hanya apabila kita benar-benar perlu.

Setiap daripada kita mesti melihat diri kita sebagai pengurus dan pemegang amanah, menjaga kepentingan generasi kini dan akan datang.


Itulah cara untuk mengekalkan disiplin ini, untuk menjaga peraturan ini, dan untuk memastikan sistem ini – dengan dua kunci – berfungsi dengan baik.


Akhirnya, dalam demokrasi seperti Singapura, dalam isu-isu besar seperti ini, rakyat yang akan membuat keputusan. PAP yakin ini adalah pendekatan yang tepat untuk Singapura.


Selagi pemerintah PAP berkuasa, inilah yang kita akan lakukan. Jika mana-mana parti politik lain berpendapat bahawa ini bukanlah pendekatan yang betul, jika mereka benar-benar percaya bahawa kita harus gunakan rizab kita lebih banyak, bawa isu ini dalam pilihan raya.

Letakkannya di hadapan. Katakan anda mahu menyentuh, anda mahu menghabiskan, anda mahu menukar peraturan.


Jangan berpura-pura bahawa anda sama bijak, hanya beza yang anda lebih baik hati.


Berkempen dalam pilihan raya umum akan datang mengenai isu ini. Tanya pengundi untuk mandat membentuk pemerintah, mengubah Perlembagaan, bongkar Kunci Kedua.


Letakkan ini dengan tepat kepada orang ramai, dan biarkan mereka memutuskan. PAP akan menyertai isu dengan mereka, dan meyakinkan rakyat Singapura bahawa cara kami adalah cara yang betul untuk Singapura.

Saya percaya rakyat Singapura percaya kami, kerana jika saya boleh kembali kepada tinjauan IPS yang kami rujuk itu bukan sekadar tinjauan amanah untuk input pada rizab, dan oleh itu kepercayaan kepada pemerintah PAP amnya.

Jika anda melihat perenggan 3.3, ia berkata dalam kes Pemerintah PAP, kenyataan itu diubah suai untuk merujuk kepada tahap kepercayaan kepadanya untuk menguruskan rizab.


Dengan kata lain, warga Singapura mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pengurusan pemerintah PAP terhadap rizab. Oleh itu, kami yakin bahawa kami akan memenangi hujah, dan kita akan dapat membuat rakyat Singapura melakukan perkara yang betul.


Mengambil pandangan jangka panjang tentang rizab, dan mencapai keseimbangan yang betul, adalah antara keperluan masa kini dan masa hadapan – ini adalah tanggungjawab penting bagi mana-mana pemerintah Singapura.


Saya telah menghabiskan 40 tahun hidup saya sebagai pengurus, menjaga dan menambah baik sistem ini, meneruskan kerja mereka yang telah datang sebelum saya.


Sekarang, saya sedang bersiap untuk menyerahkan kepada pengganti saya agar Singapura menjadi lebih makmur dan lebih selamat.


Saya minta semua orang untuk membantu mereka mengekalkan dasar berhemat yang telah memanfaatkan kita dengan baik, untuk memastikan Singapura berada di landasan yang betul, supaya kita semua dapat terus meraih manfaat daripada kejayaan negara, untuk tahun-tahun akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >