Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Enam dihantar ke hospital dek kebakaran di People’s Park Complex

Apr 21, 2025 | 2:50 PM
Dalam beberapa video yang tular di platform media sosial X dan Xiaohongshu, orang ramai dilihat berkumpul  dalam keadaan gelap di luar bangunan People’s Park Complex di Chinatown pada awal pagi 21 April sebelum pasukan bomba tiba.
Dalam beberapa video yang tular di platform media sosial X dan Xiaohongshu, orang ramai dilihat berkumpul dalam keadaan gelap di luar bangunan People’s Park Complex di Chinatown pada awal pagi 21 April sebelum pasukan bomba tiba. - Foto XIAOHONGSHU

Enam orang dihantar ke hospital menyusuli satu kebakaran di People’s Park Complex di Chinatown pada awal pagi 21 April.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar 4.35 pagi.

Kebakaran itu melibatkan bahan pencuci dan peralatan pembersihan di ruang simpanan di tingkat enam bangunan kediaman dan komersial tersebut.

Api dipadamkan menggunakan jet air, tambah SCDF.

Enam orang dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) akibat terhidu asap, dan punca kebakaran masih disiasat, lapor The Straits Times .

Dalam beberapa video yang tular di platform media sosial X dan platform media sosial China, Xiaohongshu, orang ramai dilihat berkumpul di luar bangunan dalam keadaan gelap sebelum pasukan bomba tiba.

Seorang pengguna Xiaohongshu berkata beliau dikejutkan daripada tidur selepas 4 pagi dan diminta meninggalkan kediamannya yang berada di tingkat paling atas bangunan tersebut.

Pihak pengurusan People’s Park Complex enggan mengulas, atas alasan siasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg