Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seorang lecur ringan dalam kebakaran restoran di Boat Quay

Apr 21, 2025 | 2:43 PM
Seorang individu mengalami kelecuran ringan dalam kebakaran di restoran Thai Tom Yum Kungfu di Circular Road di kawasan Boat Quay pada 21 April. Anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memadamkan api dalam 10 minit menggunakan jet air.
Seorang individu mengalami kelecuran ringan dalam kebakaran di restoran Thai Tom Yum Kungfu di Circular Road di kawasan Boat Quay pada 21 April. Anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memadamkan api dalam 10 minit menggunakan jet air. - Foto SHIN MIN

Seorang individu dihantar ke hospital menyusuli satu kebakaran di sebuah restoran di 16 Circular Road, di kawasan Boat Quay, pada pagi 21 April.

Ia adalah sebuah restoran Thai, Tom Yum Kungfu, yang menjual hidangan barbeku (mookata).

Sebuah gambar yang dikongsi oleh seorang pembaca The Straits Times, Cik Rachel Ho, menunjukkan asap hitam tebal keluar dari rumah kedai tersebut dan beberapa kereta bomba di sebatang jalan di situ.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan tentang kebakaran di situ pada 10 pagi.

Ia melibatkan “barangan dapur” di sebuah restoran di tingkat satu bangunan berkenaan.

Menurut jurucakap SCDF, api dipadamkan dalam 10 minit menggunakan jet air.

Individu tercedera itu keluar dari premis tersebut sebelum ketibaan SCDF dan kemudian dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk menerima rawatan bagi kelecuran ringan, lapor ST.

Seorang pekerja di Tom Yum Kungfu berkata restoran tersebut akan ditutup pada 21 April.

Siasatan mengenai punca kebakaran masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg