Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Entiti S’pura boleh senaraikan data karbon produk ikut piawaian global

May 6, 2025 | 6:06 PM
Versi ketiga Piawaian dan Spesifikasi Teknikal Perkongsian untuk Ketelusan Karbon (Pact) baru-baru ini dikeluarkan oleh Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Mampan (WBCSD) selepas perbincangan selama dua tahun dengan pemain industri.
Versi ketiga Piawaian dan Spesifikasi Teknikal Perkongsian untuk Ketelusan Karbon (Pact) baru-baru ini dikeluarkan oleh Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Mampan (WBCSD) selepas perbincangan selama dua tahun dengan pemain industri. - Foto PIXABAY

Perusahaan dan pertubuhan di Singapura kini boleh menyenaraikan jejak karbon produk mereka mengikut piawaian global melalui Pendaftaran Faktor Pelepasan Singapura.

Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Mampan (WBCSD) dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 6 Mei semasa Minggu Ecosperity 2025, membolehkan entiti di Singapura menyenaraikan jejak karbon produk yang berkualiti tinggi berdasarkan piawaian global yang terkini, lapor The Business Times.

Versi ketiga piawaian dan spesifikasi teknikal Perkongsian Ketelusan Karbon (Pact) baru sahaja dilancarkan oleh WBCSD selepas dua tahun perbincangan dengan pemain industri.

Ini membolehkan perniagaan mengira jejak karbon produk dengan lebih tepat dan lengkap.

Kerjasama ini menandakan pencapaian penting bagi SBF dan WBCSD Pact untuk menggunakan data khusus pembekal di seluruh rantaian nilai bagi mempercepatkan pengurangan karbon global.

Encik Peter Bakker, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WBCSD, berkata dalam sidang akhbar semasa majlis tandatangan MOU:

“Kami memerlukan data yang lebih tepat supaya syarikat dapat membuat keputusan yang lebih baik, untuk prestasi karbon yang lebih baik.”

CEO SBF, Encik Kok Ping Soon, mengatakan Pendaftaran Faktor Pelepasan Singapura, yang diumumkan semasa Minggu Ecosperity 2024, kini mengandungi lebih daripada 200 data faktor emisi daripada Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan rakan kongsi seperti Majlis Bangunan Hijau Singapura (SGBC).

Daftar ini akan terus dibangunkan untuk merangkumi kawasan yang sering dilaporkan dalam data emisi Scope 3, serta untuk menyenaraikan data jejak produk dengan penggunaan metodologi yang dikemas kini agar membolehkan mana-mana pertubuhan menyenaraikan jejak karbon produk berkualiti tinggi.

“Kami percaya bahawa kerjasama kami dengan WBCSD akan membantu perniagaan dan rakan kongsi rantaian nilai mereka mengambil tindakan positif untuk mempercepatkan proses pengurangan karbon,” kata Encik Kok.

Beliau juga menambah bahawa kerjasama ini adalah inisiatif pertama antara SBF dengan WBCSD, dan ia hanyalah permulaan.

“Kami sependapat dalam banyak perkara.

“Kami percaya langkah seterusnya ialah bekerja dengan rantaian bekalan,” tambahnya.

Encik Kok turut mengatakan bahawa langkah seterusnya bagi SBF adalah bekerjasama dengan WBCSD untuk mendorong syarikat-syarikat ini mengurangkan karbon dalam rantaian bekalan masing-masing.

Encik Bakker dari WBCSD berkata: “Kita perlu menguruskan karbon dengan cara yang sama seperti kita menguruskan wang.

“Hanya apabila kita mengambil berat terhadap pengurangan emisi karbon, seperti mana kita mengambil berat terhadap pengurangan kos kewangan, barulah kita akan berjaya dalam memperluas usaha pengurangan karbon.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg