Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Era baru S’pura di bawah kepimpinan Perdana Menteri Lawrence Wong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Era baru S’pura di bawah kepimpinan Perdana Menteri Lawrence Wong

PM Wong bentang wawasan, janjinya untuk bentuk pemerintah yang terbuka, inklusif dan berkhidmat untuk semua rakyat S’pura
May 15, 2024 | 09:31 PM



Singapura memulakan lembaran baru dengan peralihan pucuk pimpinan setelah Encik Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura, bersama-sama dengan barisan Kabinet barunya di Istana pada 15 Mei.

Dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Encik Wong membentangkan wawasan dan janjinya untuk membentuk sebuah pemerintah yang terbuka dan inklusif dalam pendekatannya untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura tanpa mengira usia, kemampuan atau status sosioekonomi mereka.

Beliau berikrar tiada siapa yang akan ketinggalan, memastikan setiap individu mempunyai peluang saksama untuk berkembang maju.

“Sebagai Perdana Menteri, saya akan memimpin dan memikul tanggungjawab atas keputusan yang saya ambil. 

“Namun, saya juga akan melibatkan diri dan memaksimumkan gabungan tenaga, imaginasi dan kekuatan setiap rakyat Singapura,” katanya yang berucap dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.

Di bawah kerdipan bintang yang bergemerlapan dan berlatarbelakangkan bangunan Istana tersergam indah, Encik Wong yang kemas berpakaian sut biru gelap, mengangkat tangan kanan dan melafaz ikrar taat setia serta amanah melaksanakan tugas, sedang hadirin dari pelbagai lapisan memandangnya. 

Presiden Tharman Shanmugaratnam merasmikan upacara angkat sumpah itu dengan menyerahkan watikah pelantikan kepada Encik Wong, melambangkan proses peralihan kepimpinan negara.

Ini disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Encik Sundaresh Menon.

Encik Wong, pada usia 51 tahun dan selepas 13 tahun berkhidmat dalam politik, menjadi Perdana Menteri keempat Singapura selepas Encik Lee Hsien Loong, Encik Goh Chok Tong dan mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Encik Wong, yang akan kekal memegang jawatan Menteri Kewangan, kemudian menyaksikan anggota Kabinet barunya mengangkat sumpah.  

Empat anggota kanan Kabinet Encik Wong – Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong dan Encik Heng Swee Keat serta Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong dan Encik Teo Chee Hean – merupakan kumpulan pertama menteri yang mengangkat sumpah.

Ini disusuli dengan angkat sumpah 14 menteri Kabinet Encik Wong.

Kecuali Encik Lee dan Encik Gan, ia adalah barisan yang tidak berubah.

Sembilan Menteri Negara Kanan dan lima Menteri Negara kemudian naik ke pentas untuk mengangkat sumpah.

Antara mereka termasuk Cik Low Yen Ling dan Encik Desmond Tan yang dinaikkan pangkat ke Menteri Negara Kanan, serta kekal memegang portfolio masing-masing, dengan Cik Low di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) manakala Encik Tan di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Setiausaha Parlimen Kanan, Cik Rahayu Mahzam, juga dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negara di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Kementerian Kesihatan (MOH). 

Upacara angkat sumpah di Istana itu dihadiri lebih 870 tetamu yang pelbagai yang termasuk pemimpin negara seperti mantan Presiden, Puan Halimah Yacob, Anggota Parlimen, Duta Besar, pekerja penjagaan kesihatan dan pengangkutan barisan hadapan, pemimpin agama, akar umbi, pemimpin perniagaan, ahli kesatuan sekerja, guru dan pelajar, kumpulan dan sukarelawan masyarakat, antara lain.  

Dalam pada itu, seramai 1,000 penduduk dari seluruh Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee juga berkumpul di kawasan lapang bersebelahan Stesen MRT Yew Tee untuk pelantikan Encik Wong sebagai Perdana Menteri baru.  

Dalam ucapannya, Tuan Presiden memberi penghargaan kepada Encik Lee atas sumbangannya yang besar kepada Singapura sambil menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan Encik Wong.

Mengakui sumbangan besar Encik Wong dalam membentuk dasar ekonomi, fiskal dan sosial Singapura, beliau menyatakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap keupayaan Perdana Menteri baru itu untuk menyatukan rakyat Singapura dan menjalin lembaran baru dalam sejarah negara.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan Encik Lawrence Wong untuk memimpin Singapura sedang kita menerokai bidang-bidang baru...Beliau akan menjadi dirinya sendiri, dengan pendekatannya sendiri untuk membina konsensus dan mencari jalan terbaik ke hadapan untuk negara,” kata beliau. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >