Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parti pembangkang ucap tahniah kepada PM Wong

May 15, 2024 | 7:04 PM
Encik Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keempat Singapura pada 15 Mei.
Encik Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keempat Singapura pada 15 Mei. - Foto ST

Beberapa parti pembangkang tampil mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri baru, Encik Lawrence Wong, sebelum majlis angkat sumpah pada 15 Mei.

Pada masa yang sama, mereka mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee Hsien Loong yang berundur, di atas sumbangan perkhidmatan awam dan kepimpinan beliau selama berdekad-dekad.

Parti politik yang kini mempunyai wakil di Parlimen – Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) – juga mengambil peluang menetapkan nada dalam menjalin hubungan kerja yang mereka inginkan dengan perdana menteri baru Singapura itu.

WP berkata Encik Wong mengambil alih kepimpinan dalam era persaingan politik yang lebih besar, dengan pengundi mengharapkan ketelusan dan lebih banyak suara dalam dasar awam.

Dengan persekitaran luaran yang tidak menentu dan perubahan generasi yang ketara di negara sendiri, anggota pembangkang yang dipilih di Parlimen boleh menjadi “penstabil penting untuk politik kita, sumber kekuatan, dan ekspresi keyakinan terhadap rakyat dan negara kita”, kata mesej yang ditandatangani oleh Ketua WP dan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, lapor The Straits Times (ST).

“Kami mengucapkan yang terbaik kepada Perdana Menteri Wong ketika beliau melangkah memikul peranan barunya sebagai perdana menteri,” kata Encik Pritam.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Wong, WP akan terus memainkan peranan perundangan kami untuk memajukan kepentingan Singapura dan rakyat Singapura,” tambahnya.

PSP berkata dalam perutusan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung parti itu, Cik Hazel Poa, bahawa ia mahu membuat keputusan politik dengan parti politik lain.

Cik Poa, yang juga Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), menukil komen Encik Wong dalam temu bual baru-baru ini yang menyatakan kehadiran pembangkang akan kekal di sini.

Beliau berkata, PSP bersetuju dengan pandangan itu dan berharap dapat memainkan peranan yang membina dalam usaha membangunkan negara, tambahnya.

Terdapat lapan Anggota Parlimen WP di Parlimen, dan dua NCMP daripada PSP.

Sementara itu, Red Dot United (RDU), sebuah parti politik yang ditubuhkan menjelang Pilihan Raya Umum 2020, turut mengucapkan tahniah kepada Encik Wong atas pelantikannya sebagai perdana menteri keempat Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg