Dari 22 hingga 28 November, pembeli di kedai FairPrice dan Unity boleh mendapat baucar bernilai $4 bagi setiap perbelanjaan sebanyak $50 dalam satu transaksi. Mereka boleh dapatkan hingga maksimum tiga baucar.
Baucar tersebut boleh digunakan pada hari selepas ia diterima, antara 23 November dan 31 Disember.
Lebih daripada satu baucar boleh digunakan dalam satu transaksi.
Tawaran itu sah di semua kedai FairPrice, FairPrice Finest, FairPrice Xtra, dan Unity, kecuali kedai Unity di Lapangan Terbang Changi, lapor The Straits Times.
“Melalui inisiatif ini, FPG bertujuan membantu rakyat Singapura menjimatkan perbelanjaan mereka semasa merancang pertemuan hujung tahun bersama orang tersayang,” kata Kumpulan FairPrice (FPG) dalam kenyataan pada 21 November.
FPG memperkenalkan tawaran serupa pada Oktober.
Pada awal 2024, FPG juga membekukan harga makanan laut popular, serta menawarkan diskaun bagi produk segar menjelang Tahun Baru Cina.
Selain itu, semasa kempen ‘Jimat Setiap Hari’ dari Jun hingga September, FPG memberi lebih 400 baucar penjimatan bernilai lebih $2,000 kepada pembeli.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg