Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

FairPrice tawar baucar $8 jika belanja $80 dari Baucar CDC

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice tawar baucar $8 jika belanja $80 dari Baucar CDC

Jan 03, 2024 | 05:14 PM



Pelanggan yang membelanjakan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) di FairPrice dalam tempoh dua minggu yang akan datang boleh lebih menjimatkan wang mereka.

Kumpulan FairPrice mengumumkan pada 3 Januari bahawa ia akan memberi baucar sebanyak $8 bagi setiap baucar pasar raya CDC bernilai $80 yang digunakan dalam satu transaksi di FairPrice sehingga 17 Januari.

Baucar $8 itu – yang boleh digunakan pada hari selepas ia dikeluarkan sehingga 29 Februari – tidak mempunyai sebarang keperluan perbelanjaan minimum dan berbilang baucar boleh digunakan dalam satu transaksi.

Pelanggan boleh menebus maksimum tiga baucar pada satu masa.

Di majlis pelancaran baucar CDC pada 3 Januari, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata beberapa rangkaian pasar raya yang turut serta akan menawarkan rebat atau diskaun tambahan kepada pelanggan yang memilih untuk menggunakan baucar CDC.

Pada 2023, pelanggan menerima baucar $6 bagi setiap $55 yang dibelanjakan menggunakan baucar CDC.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FairPrice, Encik Vipul Chawla, berkata peningkatan kos sara hidup sepanjang dua tahun lalu disebabkan inflasi lebih tinggi dan rantaian bekalan yang tidak stabil telah mendorong isi rumah mengurangkan perbelanjaan mereka, termasuk keperluan harian.

Pada November 2023, FairPrice juga mengumumkan bahawa ia akan menyerap kenaikan 1 peratus GST bagi 500 barangan keperluan harian untuk separuh pertama 2024.

Kumpulan itu, terdiri daripada FairPrice, Kopitiam, NTUC Foodfare dan NTUC Link, berkata bahawa ia juga akan meluaskan skim diskaun bagi pemegang kad Generasi Perintis dan Generasi Merdeka, serta pemilik kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) berwarna biru sehingga 31 Disember 2024.

Baucar CDC 2024 menyediakan setiap isi rumah warga Singapura dengan baucar sebanyak $500.

Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 1.27 juta isi rumah Singapura dan bernilai sebanyak $635 juta.

Pasar raya yang menerima baucar CDC itu termasuk Ang Mo Supermarket, FairPrice, Giant, Hao Mart, Prime, Sheng Siong, U Stars dan Cold Storage.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >