Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice tambah diskaun bagi keluarga besar pemegang kad Chas

Sep 2, 2025 | 4:25 PM
Fairprice, diskaun, Chas
Inisiatif empat bulan itu adalah usaha terbaru oleh Kumpulan FairPrice (FPG) dan Yayasan FairPrice untuk memastikan semua warga Singapura memiliki keperluan asas. - Foto fail

Warga Singapura berpendapatan rendah dengan keluarga besar boleh menikmati diskaun berganda di kedai FairPrice dan Unity dari 1 September hingga 31 Disember.

Kumpulan FairPrice (FPG) pada 2 September berkata diskaun bagi pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) biru dan jingga telah dinaikkan daripada 3 peratus kepada 6 peratus sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-60 (SG60), lapor The Straits Times (ST).

Diskaun itu hanya boleh digunakan oleh pemegang kad yang mempunyai tiga anak atau lebih berumur bawah 18 tahun, dan boleh digunakan pada Khamis atau Jumaat di semua pasar raya FairPrice dan cawangan Unity.

Inisiatif empat bulan itu merupakan sebahagian usaha FPG dan Yayasan FairPrice untuk memastikan semua warga Singapura mempunyai akses kepada barangan keperluan harian, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Ia juga menyokong usaha pemerintah untuk menyediakan lebih banyak bantuan kepada warga Singapura yang mempunyai keluarga besar.

Ketua Pegawai Eksekutif FPG, Encik Vipul Chawla, berkata:

“Sebagai jenama isi rumah yang berhasrat memastikan keperluan harian kekal dalam jangkauan, kami komited untuk terus berkembang di samping negara dan mencari cara baru serta bermakna untuk menjadikan kehidupan harian lebih baik untuk masyarakat kita.”

FPG peruncit pertama di Singapura yang menawarkan skim diskaun kepada pemegang kad Chas jingga, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kasar bulanan per kapita antara $1,501 dengan $2,300.

Inisiatif itu juga merupakan kali kedua pada 2025 FPG menggandakan diskaun seumpamanya.

Pemegang kad Chas biru, Cik Gina Tan, seorang ibu kepada tiga anak, berkata beliau biasanya membelanjakan sekurang-kurangnya $140 dalam dua lawatannya ke FairPrice setiap minggu.

“Hari Khamis adalah hari utama saya membeli-belah, tetapi seperti ramai ibu bapa lain, saya selalunya perlu membuat lawatan tambahan dalam minggu itu untuk membeli barang asas seperti roti atau susu apabila ia habis,” kata Cik Tan, penerima bantuan Perkhidmatan Masyarakat RiverLife.

Warga emas, golongan Generasi Perintis dan Merdeka, serta pemegang kad Chas biru dan jingga juga dapat menikmati diskaun itu secara automatik apabila membuat bayaran melalui aplikasi mudah alih FPG.

Mereka hanya perlu membuat pengesahan sekali sahaja dalam aplikasi dengan menggunakan maklumat daripada MyInfo.

Menurut FPG, sejak pelaksanaan ciri itu pada penghujung Mei, lebih 340,000 ahli Link telah mengemaskini profil mereka menggunakan MyInfo.

Orang ramai boleh melayari laman web FPG untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif SG60 yang lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg