Faishal bawa menteri Palestin lawat Kg Gelam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal bawa menteri Palestin lawat Kg Gelam

Feb 24, 2026 | 7:14 PM

Faishal bawa menteri Palestin lawat Kg Gelam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
lawat Kampong Gelam, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Kewangan dan Perancangan Penguasa Palestin, Dr Estephan Salameh, Hazlina Abdul Halim, Wakil Singapura ke Penguasa Palestin, Encik Hawazi Daipi.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (depan, sedang berswafoto), bersama Menteri Kewangan dan Perancangan Penguasa Palestin, Dr Estephan Salameh (baris kedua, tengah), dalam satu lawatan ke kawasan Kampong Gelam pada 24 Februari. Bersama mereka termasuk Anggota Parlimen GRC East Coast, Cik Hazlina Abdul Halim (baris ketiga, kanan), dan Wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin, Encik Hawazi Daipi (baris kedua, kiri). Dalam satu hantaran Facebook, Dr Faishal berkongsi pendekatan Singapura dalam menyepadukan unsur keagamaan, budaya serta perancangan bandar yang teliti bagi mewujudkan ruang agar warisan dan kemodenan dapat berkembang seiringan. - Foto MFA

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah menerima kunjungan Menteri Kewangan dan Perancangan Penguasa Palestin, Dr Estephan Salameh, dalam satu lawatan ke kawasan warisan Kampong Gelam pada 24 Februari.

Dalam satu hantaran Facebook, Dr Faishal berkongsi pendekatan Singapura dalam menyepadukan unsur keagamaan, budaya serta perancangan bandar yang teliti bagi mewujudkan ruang agar warisan dan kemodenan dapat berkembang seiringan.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin, Encik Hawazi Daipi, serta Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast, Cik Hazlina Abdul Halim.

Menurut Dr Faishal, perbincangan antara kedua-dua pihak turut menyentuh perkembangan semasa di Palestin, termasuk kebimbangan mendalam terhadap isu kemanusiaan yang menjejas masyarakat akibat konflik berpanjangan di wilayah tersebut.

Beliau menambah, Singapura akan terus menyokong usaha bantuan antarabangsa bagi Gaza, selain menyumbang dalam usaha pembinaan semula jangka panjang apabila keadaan mengizinkan.

Dalam pada itu, Dr Faishal turut merakamkan penghargaan kepada Perikatan Kampong Gelam atas sokongan mereka dalam menjayakan lawatan berkenaan, yang disifatkan sebagai peluang mengukuhkan hubungan dan berkongsi pengalaman dalam pembangunan masyarakat berbilang budaya.

Dr Salameh berada di Singapura dari 22 hingga 25 Februari bagi lawatan rasmi atas undangan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg