SPH Logo mobile
Langgan|

Menteri Penguasa Palestin lawat S’pura

Menteri Penguasa Palestin lawat S’pura

Feb 22, 2026 | 4:33 PM

Menteri Penguasa Palestin lawat S’pura

Singapore, Palestinian Authority, Vivian Balakrishnan, Estephan Salameh
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan (kanan), bertemu Dr Estephan Salameh (kiri), sempena Pertemuan Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada Julai 2025. - Foto fail

Menteri Kewangan dan Perancangan Penguasa Palestin (PA), Dr Estephan Salameh, dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Singapura bermula 22 Februari hingga 25 Februari.

Lawatan tersebut diadakan atas undangan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 22 Februari.

“Lawatan itu mengesahkan hubungan mesra antara Singapura dengan PA serta sokongan berterusan Singapura terhadap usaha pembangunan keupayaan PA,” kata MFA.

Dalam rangka lawatan itu, Dr Salameh dijadual menghadiri majlis makan malam yang dihos secara berasingan oleh Dr Balakrishnan dan Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Beliau juga bakal bertemu dengan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Selain itu, Dr Salameh akan bertemu dengan Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Cik Rahayu Mahzam.

Sepanjang lawatan tersebut, Dr Salameh akan melawat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan diberi taklimat mengenai dasar pendidikan serta pembangunan digital Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg