Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal gesa ejen hartanah bersuara tentang amalan palsu, tidak etika

Aug 17, 2024 | 12:22 AM
Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim (barisan pertama, tiga dari kiri) menghadiri acara  Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ejen Hartanah Singapura. 
Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim (barisan pertama, tiga dari kiri) menghadiri acara  Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ejen Hartanah Singapura.  - Foto FACEBOOK PROFESOR MADYA DR FAISHAL IBRAHIM

Beberapa kes terkini mengenai sekumpulan kecil ejen hartanah yang mengemukakan senarai harga tidak realistik dan mengusulkan tuntutan mengelirukan serta mengulas dalam talian perihal yang dianggap satu kepalsuan melemahkan usaha kebanyakan ejen hartanah.

Ia juga menjejas kemajuan sektor jual beli hartanah secara menyeluruh.

Justeru itu,  Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menggesa ejen dan agensi hartanah untuk bersuara menentang amalan sebegitu dan memainkan peranan sewajarnya untuk menangani isu ini dari peringkat awal lagi meskipun pemerintah berpendirian teguh dalam menentang perbuatan sedemikian.

Dr Faishal membuat gesaan itu di Facebook selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Ejen Hartanah Singapura yang mengiktiraf ejen hartanah cemerlang atas kerja keras dan komitmen mereka dalam memberi khidmat terbaik.

“Ejen hartanah memainkan peranan penting dalam membantu pembeli menyedari aspirasi pemilikan rumah mereka serta melindungi kepentingan kewangan mereka.

“Ramai yang menasihati klien secara bertanggungjawab dan beretika serta menggalak klien mengamalkan sikap berhemah dalam pembelian hartanah.

“Mereka menjalankan amanah mereka dengan tahap profesionalisme yang tinggi serta bertindak demi kepentingan klien mereka,” ujar Dr Faishal.

Menurutnya, Persatuan Ejen Hartanah Singapura (SEAA) adalah rakan kerjasama yang dihargai dalam menjunjung mutu piawaian tinggi profesionalisme dan memupuk kepercayaan pengguna dalam industri.

Sungguhpun begitu, tindakan segolongan kecil ejen hartanah yang meminta harga tidak munasabah serta tuntutan mengelirukan harus dihentikan kerana ia mengganggu gugat kemajuan sektor hartanah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg