Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal: Jumlah warga asing pandu kenderaan komersial tanpa lesen naik 

Feb 28, 2025 | 6:20 PM
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. - Foto MDDI

Jumlah pemandu warga asing yang didapati memandu kenderaan komersial tanpa lesen yang sah telah meningkat sebanyak 47 peratus kepada 292 kes pada 2024, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Menjawab pertanyaan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) di Parlimen pada 28 Februari, Dr Faishal berkata Polis Trafik (TP) prihatin dengan trend tersebut, dan telah meningkatkan usaha penguatkuasaan dan pendidikan awamnya.

Sepanjang lima tahun lalu, purata 270 pemandu warga asing setiap tahun didapati memandu kenderaan komersial tanpa lesen memandu yang sah.

“Polis Trafik tidak melakukan pemeriksaan mengejutkan di tapak kerja atau tempat kerja untuk mengesahkan lesen pemandu.

“Sebaliknya, pemeriksaan ke atas pemandu kenderaan komersial, termasuk pemandu warga asing, dilakukan di jalan raya awam semasa operasi rondaan,” kata beliau.

Dr Faishal menambah bahawa TP juga bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam isu tersebut, dan akan terus memanfaatkan saluran pendekatan dan mendekati pihak berkepentingan industri, seperti mereka yang dalam sektor penghantaran makanan dan barangan.

“Tidak kira sama ada pemandu ataupun majikan yang melakukan kesalahan, penalti juga dikenakan terhadap sesiapa yang menggajikan atau membenarkan individu memandu kenderaan di jalan raya tanpa lesen yang sah.

“Kami akan terus mendekati majikan, dan juga ingin mengingatkan mereka bahawa pada akhirnya, ia adalah berkenaan keselamatan jalan raya juga,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg