Faishal: Kariah bawa ruang ibadah lebih dekat kepada masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal: Kariah bawa ruang ibadah lebih dekat kepada masyarakat

Feb 11, 2026 | 7:12 PM

Faishal: Kariah bawa ruang ibadah lebih dekat kepada masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
kariah, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, tarawih
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (tengah), menemui Qaryah Greenweavers, salah satu kumpulan kariah di Tampines, di Masjid Darul Ghufran pada 11 Februari. - Foto MASJID DARUL GHUFRAN

Kumpulan kariah telah bekerjasama rapat dengan masjid untuk membawa ruang ibadah lebih dekat kepada penduduk setempat sejak sekian lama, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Usaha sedemikian amat bermakna, khususnya bagi warga emas, keluarga dan mereka yang kurang upaya, agar dapat menunaikan solat tarawih dengan lebih selesa dan tenang.

Melahirkan harapannya bagi masa hadapan kumpulan itu, Dr Faishal berkata: “Saya harap kariah akan terus bekerjasama erat dengan masjid dan rakan kongsi demi menyokong jemaah dengan lebih berkesan.

“Kariah turut berperanan sebagai penghubung, memudahkan jemaah mengakses program masyarakat dan sokongan yang diperlukan.”

Dalam satu hantaran Facebook pada 11 Februari, Dr Faishal menambah, beliau telah bertemu dengan Qaryah Greenweavers, salah satu kumpulan kariah di Tampines, di bawah naungan Masjid Darul Ghufran.

Kumpulan kariah biasanya bekerjasama dengan masjid berhampiran dan dipimpin sukarelawan untuk menganjurkan solat tarawih di kolong blok atau dewan serba guna di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Tampines merupakan kawasan yang mempunyai bilangan kariah paling tinggi di Singapura, mencerminkan perkembangan kawasan perumahan itu, kongsi Dr Faishal.

Selain menganjurkan solat tarawih dan solat Hari Raya, Qaryah Greenweavers, juga menjalankan pelbagai usaha untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Meskipun masih baru, Qaryah Greenweavers, telah melangkah ke hadapan dengan penuh iltizam.

“Daripada menganjurkan solat tarawih dan solat Hari Raya, hinggalah ke bengkel pendidikan serta pengagihan bantuan semasa Ramadan, usaha mereka berkhidmat kepada jemaah benar-benar mencerminkan khidmat kepada masyarakat.

“Mereka juga aktif bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk berkongsi pandangan dan idea bagi pembangunan masjid di Tampines North yang baru,” ujar Dr Faishal.

Satu tapak di Tampines North Drive 5, yang terletak di tanah lapang bertentangan dengan estet perumahan Greenview, telah diperoleh bagi pembinaan masjid baru di Tampines North.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Berita Harian pada 2025, sekitar 38 kariah menawarkan sehingga 13,000 ruang solat individu, telah disenaraikan sebagai ruang solat tarawih.

Ini merupakan satu peningkatan ruang solat di luar masjid berbanding 12,000 ruang solat yang disediakan oleh 31 kariah pada 2024.

Laporan awal itu juga menyatakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan menyediakan Surat Sokongan (LOS) kepada kariah, yang diperlukan untuk memohon permit dan kelulusan daripada pihak berkuasa bagi mengadakan solat tarawih.

LOS itu diperlukan bagi membolehkan kariah memohon kelulusan dan permit daripada majlis bandaran serta pihak polis.

“Saya harap kariah akan terus bekerjasama erat dengan masjid dan rakan kongsi demi menyokong jemaah dengan lebih berkesan. Kariah turut berperanan sebagai penghubung, memudahkan jemaah mengakses program masyarakat dan sokongan yang diperlukan.”
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg