Faishal: Kerjasama erat pertubuhan Melayu, India Islam tingkat khidmat kepada masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal: Kerjasama erat pertubuhan Melayu, India Islam tingkat khidmat kepada masyarakat

Turut puji TAA kerana main peranan satukan pelbagai badan Melayu/Islam
Feb 4, 2026 | 3:30 PM

Faishal: Kerjasama erat pertubuhan Melayu, India Islam tingkat khidmat kepada masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TAA, faishal ibrahim, syed harun alhabsyi
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (lapan dari kanan) dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi (sembilan dari kanan) bertemu dengan pasukan Dana Tabung Amal Aidilfitri (TAA) pada 3 Februari. - Foto FACEBOOK ASSOC PROF MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

Memperkukuhkan kerjasama Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) dengan Pertubuhan India/Islam (IMO) akan membolehkan mereka berkhidmat dan memenuhi keperluan masyarakat secara kolektif dengan lebih baik, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Dalam satu pertemuan dengan pasukan Dana Tabung Amal Aidilfitri (TAA) bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi, Dr Faishal mengatakan bahawa TAA telah memainkan peranan penting dalam menghubungkan dan menyatukan pelbagai MMO.

“Semasa perbincangan tersebut, saya menegaskan semula kepentingan memperkukuhkan kerjasama dengan MMO dan IMO kita.

“Ini akan membolehkan kita berkhidmat dan memenuhi keperluan masyarakat kita dengan lebih baik secara kolektif,” kata Dr Faishal dalam satu hantaran Facebook pada 3 Februari.

Menurutnya lagi, selama lebih 30 tahun, TAA telah bekerja tanpa jemu untuk menyalurkan sokongan, penjagaan dan bantuan kepada para benefisiari.

Justeru, beliau meluahkan penghargaan terhadap TAA, atas peranan mereka dalam memastikan para benefisiari rasa disokong, terhubung dan dihargai dalam masyarakat.

Antara lain, menurut laman web TAA, anggota institusi TAA termasuk Persekutuan India Muslim (FIM); Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC); Pertapis dan Persatuan Muslim India Bersatu (UIMA).

Dalam pada itu, Dr Faishal menambah bahawa dengan kerjasama yang lebih erat merentasi MMO, IMO, masjid, asatizah dan rangkaian M Kuasa Tiga (M3) yang lebih luas, mereka dapat mendekati golongan yang terpinggir dengan lebih berkesan dan membantu masyarakat untuk terus berkembang.

“Kerjasama antara organisasi bukan bertujuan untuk mengubah misi sedia ada, sebaliknya untuk memperkukuh peranan masing-masing serta membina program berasaskan perjuangan yang menghormati pengkhususan setiap organisasi,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg