Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal: Pergas teraju transformasi peranan asatizah

Asatizah bimbing masyarakat Melayu/Islam hadapi cabaran sosioagama yang kompleks, bentuk kefahaman positif ramai tentang Islam
Oct 3, 2025 | 1:53 PM
Singapura, Pergas, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (enam dari kanan) telah mendengar taklimat yang diberikan oleh Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid (lima dari kanan), serta anggota Majlis Tertinggi serta Ahli Kehormatnya semasa lawatannya ke Pergas pada 30 September. - Foto MDDI

Asatizah kini menyumbang dengan cara yang lebih dinamik, termasuk membimbing masyarakat Melayu/Islam untuk menghadapi cabaran sosioagama yang kompleks serta membentuk kefahaman positif orang ramai tentang Islam.

Peranan asatizah yang kian berubah adalah seiring dengan harapan masyarakat Melayu/Islam serta landskap kehidupan dunia moden di Singapura dan dunia yang sering berubah, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Dalam satu hantaran Facebook pada 2 Oktober, Dr Faishal berkata Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) sedang menerajui transformasi tersebut.

“Pergas berada di barisan hadapan transformasi ini dengan meningkatkan mutu pendidikan Islam, memperkukuh kebajikan golongan asatizah, serta memperhebat sumbangan mereka kepada masyarakat.

“Contohnya, sebagai ahli Rangkaian Pemulihan Badan-badan Melayu/Islam, Pergas bekerjasama dengan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) untuk program Insan Mukmin yang menyokong pemulihan serta perjalanan para banduan untuk kembali ke pangkuan masyarakat,” ujar beliau.

Dr Faishal juga berkesempatan untuk mendengar taklimat mengenai pelan masa hadapan Pergas dan bertukar-tukar pandangan dengan anggota Majlis Tertinggi serta Ahli Kehormatnya semasa lawatannya ke Pergas pada 30 September.

Beliau berkongsi perasaan terharu dengan usaha Pergas membimbing dan memupuk generasi asatizah yang baru melalui inisiatif seperti bimbingan serta program yang menyokong kerjaya mereka.

“Usaha ini saling melengkapi peranan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam membangunkan sektor asatizah.

“Saya yakin bersama-sama, kita akan terus memperkukuh kerjaya para asatizah dan memperkasa peranan positif mereka kepada masyarakat, dan Singapura Insya-Allah,” kata Dr Faishal.

Pergas menghargai pandangan berharga Dr Faishal dan menantikan peluang untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam berkhidmat kepada masyarakat melalui kepimpinan agama dan pembangunan profesional asatizah pada masa hadapan, katanya dalam satu hantaran Facebook berasingan pada 30 September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg