Fasa pertama Greater Sentosa bermula, pembaharuan Orchard Road dijalankan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fasa pertama Greater Sentosa bermula, pembaharuan Orchard Road dijalankan

Mar 2, 2026 | 5:01 PM

Fasa pertama Greater Sentosa bermula, pembaharuan Orchard Road dijalankan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
COS, Greater Sentosa, pembaharuan Orchard Road
Gambaran artis hab pengangkutan yang diusul bagi menghubungkan Greater Southern Waterfront, Pulau Brani dan Sentosa. - Foto SENTOSA DEVELOPMENT CORPORATION

Sentosa akan dipertingkat dengan hab pengangkutan baru, menghubungkannya dengan Pulau Brani di Keppel Harbour, yang kini dikenali sebagai Greater Sentosa.

Ini adalah fasa pertama Pelan Induk Greater Sentosa, umum Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) di Parlimen pada 2 Mac.

Encik Tan berkata mereka turut merancang menggantikan monorel Sentosa Express untuk mempertingkat keterhubungan, di samping mewujudkan ikon baru di Sentosa seperti Imbiah Canopy.

Imbiah Canopy akan menjadi mercu tanda di puncak Mount Imbiah yang membawa pengunjung ke bangunan warisan dan jejak alam semula jadi.

Sementara itu, satu tender bagi memberi nafas baru kepada 37 Emerald Hill – tapak bekas Sekolah Perempuan Cina Singapura – akan dilancarkan dalam beberapa bulan mendatang, sebagai sebahagian rancangan menyegarkan Orchard Road.

Tapak tersebut akan menjadi sebuah pembangunan pelbagai guna menampilkan konsep hotel unik, tawaran gaya hidup dan ruang masyarakat serta awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg