Woodlands Gateway bakal jadi pintu masuk utara ke Zon Ekonomi Khas Johor-S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Woodlands Gateway bakal jadi pintu masuk utara ke Zon Ekonomi Khas Johor-S’pura

Mar 2, 2026 | 5:58 PM

Woodlands Gateway bakal jadi pintu masuk utara ke Zon Ekonomi Khas Johor-S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
COS, Woodlands Gateway, Zon Ekonomi Khas Johor-S’pura
Gambaran artis kawasan Woodlands Gateway, sebuah daerah pelbagai guna yang menyediakan ruang industri fleksibel, ruang komersial, kemudahan gaya hidup dan pilihan pengangkutan yang dihubungkan ke stesen RTS Link. - Foto JTC

Kawasan Woodlands akan menyaksikan pembangunan sebuah hab perniagaan generasi baru – Woodlands Gateway – untuk menyokong syarikat perkilangan yang berminat beroperasi di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (Johor-SEZ).

Demikian dinyatakan oleh Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Gan Siow Huang.

Bercakap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) di Parlimen pada 2 Mac, Cik Gan berkata hab tersebut akan meliputi kawasan sehingga 35 hektar – sekitar 50 padang bola sepak.

Ia akan merangkumi hab pengangkutan yang dihubungkan dengan Stesen Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura dan stesen MRT Woodlands North.

Dibangunkan syarikat JTC, fasa pertama projek hab itu dijangka selesai dibina sekitar 2030.

“Woodlands Gateway akan menawarkan kemudahan komersial dan gaya hidup bagi penumpang, penduduk dan mereka yang bekerja di kawasan Woodlands North.

“Ia juga akan menyediakan ruang industri yang fleksibel.

“Disebabkan kedekatannya dengan RTS Link, Woodlands Gateway akan memenuhi keperluan firma yang menempatkan kegiatan perkilangan di Johor dengan fungsi ibu pejabat serantau di sini,” kata beliau.

Ditanya Encik Victor Lye (GRC Ang Mo Kio) apakah terdapat rancangan membangunkan sebuah estet perindustrian Singapura di seberang Tambak dan jika ada rangka kerja bagi memudahkan pekerja berkemahiran Singapura hidup dan bekerja di SEZ, Cik Gan berkata:

“Kami gembira mempermudahkannya jika terdapat pihak komersial yang berminat dan bersedia melabur dalam estet ini.

“Mengenai aturan bagi individu untuk hidup di SEZ dan dapat bekerja dengan lancar di kedua-dua tempat, kami sedang meneroka Pas Nomad Digital antara pemerintah Singapura dengan kerajaan Malaysia.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg