Fatwa diharap beri keyakinan bagi jururawat Muslimah jalankan tugas, tarik lebih ramai sertai sektor: MHPA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fatwa diharap beri keyakinan bagi jururawat Muslimah jalankan tugas, tarik lebih ramai sertai sektor: MHPA

Oct 26, 2021 | 3:22 PM

Fatwa diharap beri keyakinan bagi jururawat Muslimah jalankan tugas, tarik lebih ramai sertai sektor: MHPA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ada jururawat Muslim yang telah meninggalkan industri tersebut sebelum ini disebabkan dasar tidak membenarkan pemakaian tudung bersama seragam, kata anggota MHPA, Dr Juriyah Yatim.
Ada jururawat Muslim yang telah meninggalkan industri tersebut sebelum ini disebabkan dasar tidak membenarkan pemakaian tudung bersama seragam, kata anggota MHPA, Dr Juriyah Yatim. - - Foto fail

Fatwa yang dikeluarkan untuk memberi panduan berkenaan pemakaian tudung bersama seragam diharapkan akan memberi keyakinan kepada jururawat wanita Islam untuk menjalankan tugas mereka, dan menarik lebih ramai Muslimah untuk menyertai bidang itu.

Ini akan membantu jururawat Muslimah untuk memenuhi tanggungjawab sebagai kakitangan penjagaan kesihatan serta kewajipan agama untuk menutup aurat, kata Anggota Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Juriyah Yatim.

"Ada orang yang telah meninggalkan industri ini sebelum ini (disebabkan dasar tidak membenarkan pemakaian tudung bersama seragam).

"Kami berharap yang terbaik untuk yang akan datang," kata Dr Juriyah apabila ditemui media pada Selasa (26 Okt).

Pada Selasa, Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan fatwa bagi memberi panduan kepada wanita Islam yang ingin memakai tudung dalam konteks pekerjaan berseragam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg