Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Festival Filem Palestin dapat kelulusan dengan rating usia sesuai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Festival Filem Palestin dapat kelulusan dengan rating usia sesuai

Jan 10, 2024 | 05:30 AM



Filem yang diusulkan untuk ditayangkan dalam festival filem, seperti Festival Filem Palestin yang bakal dianjurkan, dan Festival Filem Israel yang diadakan pada Oktober 2023, perlu terlebih dahulu diklasifikasikan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA). 

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada 9 Januari berkata IMDA, setelah berunding dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), telah menilaikan bahawa filem yang dicadangkan untuk Festival Filem Palestin “tidak mempromosikan keganasan” atau “permusuhan terhadap mana-mana kumpulan”.

Justeru, filem-filem itu boleh ditayangkan dengan ‘rating’ atau klasifikasi usia yang sesuai, kata Encik Shanmugam dalam satu jawapan bertulis kepada soalan di Parlimen oleh Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) berhubung kawal selia yang sedang dijalankan ke atas penganjuran festival filem seperti itu. 

Encik Shanmugam menambah bahawa menjangkau langkah-langkah itu, pemerintah Singapura berpendirian bahawa permit tidak akan diberikan bagi acara awam dan perhimpunan yang berkaitan dengan konflik Israel-Hamas.

“Ini disebabkan kebimbangan keselamatan negara. Perkembangan yang berkaitan dengan konflik Israel-Hamas adalah emotif dan berbalah, dan ketegangan tinggi,” kata Encik Shanmugam.

​Festival Filem Palestin dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 21 Januari 2024, di pawagam The Projector di Cineleisure.

Ia akan menayangkan 10 filem yang menyentuh tentang cabaran yang dihadapi oleh rakyat Palestin, dengan tujuan meningkatkan kesedaran budaya serta meningkatkan pemahaman tentang situasi dalam kalangan rakyat Singapura, menurut The Projector di lamannya.

Hasil daripada festival filem itu akan disalurkan kepada Palang Merah Singapura bagi usaha bantuan kemanusiaan di Gaza.

Encik Shanmugam berkata pemerintah sedar akan keinginan kuat dalam kalangan sesetengah rakyat Singapura untuk meluahkan pandangan mereka dan melakukan sesuatu terhadap konflik Israel-Hamas.

Beberapa dialog awam dan forum mengenai konflik tersebut telah diadakan di sini, yang memberi ruang kepada rakyat Singapura daripada pelbagai kaum dan agama menyatakan pandangan dan kebimbangan mereka, tambahnya.

Beliau turut memberi contoh beberapa perbincangan mengenai konflik itu yang dianjurkan institusi akademik tempatan, antaranya seperti ceramah ‘2023 S R Nathan Distinguished Lecture’ anjuran Universiti Nasional Singapura (NUS), yang menampilkan bangsawan serta cendekiawan. 

Sehingga November 2023, rakyat Singapura telah menyumbang lebih $7 juta dalam bentuk wang tunai dan sumbangan barangan bagi menyokong usaha bantuan di Gaza.

Mengulas hal ini, Encik Shanmugam berkata: “Usaha mengumpul derma sedemikian yang dilakukan dengan permit yang berkaitan akan menjadi cara yang baik untuk membantu mereka yang menderita.

“Sumbangan itu sepatutnya untuk tujuan kemanusiaan, untuk membantu orang awam yang terjejas akibat konflik, dan bukan untuk kegunaan ketenteraan atau keganasan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >