Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Filem biopik P. Ramlee ingin beri inspirasi kepada golongan muda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Filem biopik P. Ramlee ingin beri inspirasi kepada golongan muda

Dec 07, 2023 | 06:52 PM



Ramai orang mengenali seniman agung Allahyarham P. Ramlee, tetapi mungkin hanya segelintir benar-benar tahu perjalanan hidupnya.

Tidak lama lagi peminat dan orang ramai berpeluang menyelami isi hati dan melusuri perjalanan pahit getir yang pernah dilalui seniman itu menerusi filem biopik P. Ramlee Jeritan Batinku.


Filem itu, yang merupakan hasil kerjasama syarikat Inkhouse Media Pte Ltd (Singapura) dan Inkhouse Pictures Sdn Bhd (Malaysia), akan membentangkan kisah sebenar pembikin filem dan penghibur legenda itu melalui pelbagai peringkat kehidupannya.

Dalam temu bual dengan Berita Harian di Jalan Ampas pada 7 Disember, pengarah urusan dua syarikat itu, tokoh penyiaran kelahiran Singapura, Dato’ Khairul Anwar Salleh, yang juga penerbit eksekutif filem itu, berkongsi tujuannya terutama memperkenalkan P. Ramlee kepada golongan muda.


Beliau berada di Jalan Ampas untuk menerima lawatan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang menyokong filem itu. Rombongan itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib.

Dato’ Khairul, yang juga mantan Naib Presiden Astro Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studio, berharap filem itu akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk kekal tabah dalam mengejar impian setelah melihat kerja keras dan dedikasi P. Ramlee.

Namun, ia juga bertujuan mengembalikan nostalgia serta elemen era 1950-an dan 1960-an kepada penonton yang lebih berumur.

“Apa yang menarik saya untuk membuat filem ini ialah jiwa P. Ramlee sebagai seorang pemuda yang ingin mencuba segalanya.

“Ketika berumur 19 tahun, Allahyarham meninggalkan rumahnya di Pulau Pinang untuk mulakan kerjaya seninya di Singapura. Beliau seorang tokoh yang memberi inspirasi dan itulah ciri-ciri yang jarang kita lihat dalam watak dalam mana-mana penulisan sastera mengenainya,” jelas Dato’ Khairul.

Beliau turut berkongsi penggambaran filem itu bakal bermula pada Julai 2024, dengan uji bakat untuk watak filem akan diumumkan pada awal 2024.

Mengulas tentang sesi uji bakat, pengarah dan penulis skrip filem tersebut, Encik Adlin Aman Ramlie, mengakui adalah satu cabaran untuk mencari pelakon yang boleh menghidupkan watak P. Ramlee dalam filem itu.

“Oleh kerana filem ini akan menunjukkan kisah hidupnya merentasi peringkat umur berbeza, pelakon itu juga harus mampu membawa watak P. Ramlee yang lebih tua.

“Mungkin kami akan menggunakan beberapa pelakon untuk memainkan watak P. Ramlee pada peringkat umur berbeza, tetapi pada saat ini kami belum memutuskan apa-apa keputusan.

“P. Ramlee ialah seorang yang istimewa dalam industri ini dan saya harap filem kami dapat menggambarkan beliau sebegitu, inilah paling penting,” ujar Encik Adlin.

Dato’ Khairul, Dato’ Azmir dan Encik Adlin berada di sini sempena Forum TV Asia 2023 sebagai sebahagian daripada Pesta Media Singapura 2023, anjuran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands pada 6 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >