Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Firma kerja logam didenda $32,000 kerana tak patuh keselamatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma kerja logam didenda $32,000 kerana tak patuh keselamatan

Dec 21, 2023 | 07:36 PM



Denda berjumlah $32,000 telah dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) ke atas syarikat kerja logam dalam satu operasi penguatkuasaan antara Oktober dengan November. 

Lebih 650 pemeriksaan telah dijalankan, 498 notis tidak patuh dikeluarkan, dan mata demerit turut dikenakan ke atas 14 syarikat, menurut MOM dalam satu hantaran di Facebook pada 21 Disember.

Pemeriksaan yang dipertingkatkan ke atas kesihatan dan keselamatan di tempat kerja dilakukan selepas subsektor kerja logam menyumbang lebih 40 peratus, atau 38 daripada 88 kes kematian dan kecederaan parah dalam sektor pembuatan pada separuh pertama 2023. 

Contoh utama kecederaan termasuk amputasi, patah tulang serius dan buta.

Semasa pemeriksaan, MOM mengesan kelalaian seperti kunci kenderaan perusahaan yang ditinggalkan tanpa diawasi ketika tidak digunakan, foklif dengan tayar usang dan mesin gergaji dengan bilah yang terdedah.

Sistem mata demerit telah dikuatkuasakan untuk sektor pembuatan pada Oktober, melarang syarikat yang mengumpul sekurang-kurangnya 25 mata demerit daripada mengambil pekerja asing buat sementara waktu.

Tempoh larangan adalah antara tiga bulan dengan dua tahun, bergantung pada bilangan mata demerit yang terkumpul dalam tempoh 18 bulan.

MOM menggesa syarikat melaksanakan langkah keselamatan yang berkesan seperti penyelenggaraan peralatan secara berkala dan menyediakan laluan keluar masuk yang selamat di kawasan kerja.

Pekerja dinasihatkan supaya menyemak sama ada langkah keselamatan telah disediakan sebelum memulakan kerja dan melaporkan amalan berbahaya kepada majikan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >