Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma runding cara niaga terima anugerah khidmat pelanggan cemerlang

Nov 30, 2024 | 7:05 AM
Pengasas yang juga CEO Royal Kings Group, Encik Sirajuddin Syed Mohammed (tengah), dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Kanan syarikat itu, Encik Muhamed Haris Gary (kanan), menerima anugerah daripada Persatuan Hotel Singapura.
Pengasas yang juga CEO Royal Kings Group, Encik Sirajuddin Syed Mohammed (tengah), dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Kanan syarikat itu, Encik Muhamed Haris Gary (kanan), menerima anugerah daripada Persatuan Hotel Singapura. - Foto ROYAL KINGS GROUP

Firma tempatan Royal Kings Group telah memenangi Anugerah Bintang Kecemerlangan dalam Perkhidmatan yang diberi oleh Persatuan Hotel Singapura (SHA) untuk tahun ketiga berturut-turut bagi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. 

Anugerah itu, yang diberi sejak 30 tahun lalu, bertujuan mengiktiraf mereka yang memberikan perkhidmatan bermutu, dan Royal Kings Group menerima anugerah itu secara berterusan sejak 2022.

Konglomerat merangkumi perkhidmatan korporat, perdagangan borong, perundingan teknologi maklumat dan khidmat runding cara perniagaan itu diiktiraf kerana menyediakan perkhidmatan cemerlang, termasuk nasihat berkaitan perniagaan, kewangan dan butiran perakaunan belanjawan.

Ditubuhkan pada 2013, syarikat itu, yang merupakan antara penaja Anugerah Jauhari ke-26 anjuran Berita Harian (BH), turut mempunyai beberapa cabang perniagaan di luar negara, seperti di Malaysia, Indonesia dan India. 

Pengurus Pembangunan Perniagaan Kanan Royal Kings Group, Encik Muhamed Haris Gary, dan Pengarahnya, Cik Valberez Joy Delgado, pula memenangi Anugerah Bintang Cemerlang bagi kecekapan mereka. 

Bercakap kepada BH, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga pengasas Royal Kings Group, Encik Sirajuddin Syed Mohammed, berkata firmanya akan terus memberi yang terbaik kepada pelanggan dan mencapai kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

“Kami akan terus berusaha membantu pelanggan kami mengatasi cabaran yang dihadapi mereka, serta menyediakan perkhidmatan terbaik dan bermutu untuk pelanggan dan perniagaan mereka. 

“Anugerah ini mendorong kami menyediakan perkhidmatan lebih bermutu dan lebih dipercayai kepada pelanggan kami,” kata Encik Sirajuddin, 46 tahun. 

Diberikan setiap tahun, anugerah berprestij itu menyokong serta mengiktiraf pembangunan dan menggalak perkhidmatan pelanggan gemilang di Singapura.

Setelah menyediakan khidmat kepada syarikat milik peniaga India, syarikat runding cara Royal Kings Consultancy Pte Ltd, yang merupakan sebahagian daripada Royal Kings Group, kini ingin menembusi pasaran Melayu/Islam.

Ia akan berusaha membantu mereka memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kecekapan operasi dan memacu transformasi digital bagi pelanggan mereka, ujar Encik Sirajuddin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg