Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fokus korban di daerah miskin Indonesia, Kemboja

May 16, 2025 | 5:30 AM
IBADAHSG PTE LTD, korban, staz Mohamed Firdaus Masruhen,
Pengarah IbadahSg Pte Ltd, Ustaz Mohamed Firdaus Masruhen, berkata dalam memilih haiwan korban, syarikatnya sangat prihatin akan mutu, kesihatan dan hukum syarak lain berkaitan haiwan korban yang perlu dipatuhi.  - Foto IBADAHSG PTE LTD

Dengan rekod lebih 20 tahun dalam menguruskan ibadah korban dan akikah, IbadahSg Pte Ltd adalah antara syarikat paling berpengalaman dalam pelaksanaan ibadah ini. Reputasi syarikat ini dibina melalui komitmen terhadap ketelusan, pengurusan tersusun, dan keprihatinan akan keperluan umat Islam di seluruh rantau ini, kata Pengarah IbadahSg, Ustaz Mohamed Firdaus Masruhen.

Bagi 2025, beberapa negara telah dipilih oleh IbadahSg secara teliti sebagai lokasi pelaksanaan ibadah korban. Pemilihan tersebut dibuat berdasarkan pelbagai pertimbangan, antaranya keperluan mendesak masyarakat tempatan, kemudahan logistik yang boleh menyokong pelaksanaan korban secara berkesan dan potensi impak sosial yang tinggi melalui agihan daging kepada golongan miskin dan terpinggir.

Menurut Ustaz Firdaus, antara negara yang IbadahSg akan melaksana program korban pada 2025 ialah Indonesia, khususnya di daerah Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Jakarta, Pulau Lombok, dan Medan.

IbadahSg akan juga melakukan korban di Kemboja, iaitu di kawasan pedalaman tempat kaum minoriti Muslim tinggal dan hidup dalam serba kekurangan dengan taraf ekonomi rendah. Sebuah lagi tempat ialah di “Makkah Al Mukarramah, bumi yang di cintai Allah swt dan Rasulullah saw”, kata Ustaz Firdaus.

IbadahSg memilih melaksanakan ibadah korban di kawasan pedalaman di Indonesia dan Kemboja kerana penduduk di tempat-tempat itu jarang sekali berpeluang menikmati daging – ada daripada mereka merasainya sekali setahun ketika musim korban.

Bagi agihan daging korban, keutamaan diberi kepada golongan benar-benar memerlukan, seperti fakir miskin, pelajar tahfiz Al-Quran, ibu tunggal yang hidup dalam kemiskinan, dan keluarga yang bergantung pada pendapatan harian serendah AS$1 ($1.29).

Di Makkah, perhatian IbadahSg tertumpu pada jemaah dari negara-negara miskin yang sedang menunaikan ibadah haji. Ramai dalam kalangan mereka datang ke Tanah Suci dengan dana yang sangat terhad, dan pelaksanaan korban di sana dilihat sebagai satu bentuk bantuan langsung bagi meringankan beban mereka sepanjang berada di Tanah Suci.

Ustaz Firdaus berkata dalam pengertian Islam, korban bukan sekadar satu bentuk kebajikan atau sumbangan biasa. Ia adalah satu ibadah yang mempunyai kedudukan kerohanian yang tinggi – bukan pemberian daging kepada golongan memerlukan semata-mata, tetapi mengandungi makna pengorbanan diri, ketaatan, dan penyucian jiwa.

Menurut beliau, ibadah korban adalah satu bentuk taqarrub, iaitu usaha mendekatkan diri kepada Allah swt dengan meneladani keikhlasan dan pengorbanan Nabi Ibrahim as serta Nabi Muhammad saw. Ia juga melambangkan cinta, kasih sayang, dan perpaduan sesama Muslim. Dalam ibadah ini terkandung nilai pembersihan hati daripada sifat-sifat mazmumah (tercela), dan usaha mencapai sifat-sifat mahmudah (terpuji), seperti ikhlas, bersyukur, reda, dan tawakal.

IbadahSg sangat prihatin akan mutu, kesihatan dan hukum syarak lain berkaitan haiwan korban yang perlu dipatuhi, tambah Ustaz Firdaus. Gambar sebelum dan sesudah penyembelihan setiap haiwan korban diberikan kepada jemaah yang menempah sebagai bukti. IbadahSg turut mengadakan siaran langsung di Facebook atau Instagram untuk jemaah melihat sendiri pelaksanaan ibadah korban mereka oleh syarikat itu.

Jemaah juga boleh melungsuri Facebook atau Instagram IbadahSg untuk mengikuti program ibadah korban yang telah dilaksanakan syarikat itu pada tahun-tahun lalu.

Atas sambutan hangat dan menggalakkan, IbadahSg melanjutkan promosi korban dua ekor kambing pada harga $320 dan tiga ekor kambing pada harga $459 hingga akhir Mei.

Sasaran IbadahSg bagi 2025 ialah mengagihkan daging korban sebanyak mungkin kepada golongan daif dan amat memerlukan.

SEKILAS:

Mereka yang ingin menyertai program ibadah korban dan akikah 2025 IbadahSg boleh menghubungi Ustazah Mariah Masruhen (8339-3012), Enck Mohd Noh (8399-7390), Ustaz Muhammad Syamil Masruhen (8322-0460) atau WhatsApp ke talian 9126-6444.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg