IbadahSg Pte Ltd merancang melaksanakan ibadah korban bagi 2025 di beberapa wilayah utama Indonesia, meliputi Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Jakarta dan Pulau Lombok.
Menurut Pengarah syarikat, Ustaz Mohamed Firdaus Masruhen, firmanya juga akan meneruskan program korban di Kemboja, khususnya di kawasan pedalaman yang dihuni masyarakat Muslim minoriti dan berpendapatan rendah.
Selain itu, ibadah korban turut dilaksanakan di Makkah.
“Korban dilaksanakan di pedalaman Indonesia dan Kemboja kerana penduduknya merasakan nikmat makan daging setahun sekali sahaja!
“Daging korban juga disalurkan kepada fakir miskin, pelajar tahfiz Al-Quran, ibu tunggal miskin dan mereka yang keadaannya amat perlukan perhatian.
“Di Makkah pula, terdapat dalam kalangan mereka berasal dari negara kurang berkemampuan yang juga memerlukan perhatian dan bantuan bagi meringankan beban kehidupan sepanjang berada di sana,” jelas Ustaz Mohamed Firdaus.
Bagi musim korban 2025, IbadahSg menyasarkan untuk menyantuni dan menyalurkan sumbangan kepada seramai mungkin golongan memerlukan.
Mengulas mengenai pelaksanaan korban di Palestin, Ustaz Mohamed Firdaus, memaklumkan bahawa pihaknya pernah menerima permintaan daripada jemaah pada 2024 untuk mewakilkan mereka melaksanakan ibadah korban di sana.
“Namun, kami tidak dapat menerima permintaan tersebut kerana kami memahami keadaan persengketaan yang berlaku di Palestin.
“Dalam keadaan peperangan dan sekatan yang sangat ketat, pelaksanaan ibadah korban tidak dapat dijalankan seperti biasa,” katanya.
Ustaz Mohamed Firdaus menjelaskan bahawa ibadah korban bukan sekadar amalan penyembelihan haiwan semata-mata, malah, terkandung pelajaran dan hikmah yang sangat besar untuk dihayati.
“Korban mengajar kita tentang proses penyucian hati – membersihkan diri daripada sifat mazmumah, iaitu sifat buruk dan tercela, seterusnya membentuk diri dengan sifat mahmudah, iaitu sifat terpuji dan mulia di sisi Allah swt,” terangnya.
“Sifat-sifat negatif seperti hasad dengki, buruk sangka, mengkhianati sesama Muslim, cintakan dunia dan takut akan kematian – semuanya boleh diperbetulkan dan ditinggalkan apabila seseorang melaksanakan ibadah korban dengan penuh keikhlasan dan penghayatan,” ujarnya.
Selama lebih dua dekad, IbadahSg telah melaksanakan ibadah korban dengan penuh komitmen terhadap prinsip amanah, ketelusan, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap hukum syarak.
Firma itu menekankan aspek mutu, kesihatan haiwan dan keabsahan syarak bagi setiap sembelihan yang akan dilakukan pada 10 Zulhijah.
“IbadahSg amat menitikberatkan kepercayaan yang diberikan oleh jemaah.
“Justeru, pasukan kami akan hadir di setiap tempat penyembelihan bagi memastikan proses korban berjalan dengan sempurna,” kata Ustaz Mohamed Firdaus.
Di samping itu, setiap anggota jemaah akan menerima foto sebelum dan selepas penyembelihan bagi setiap haiwan yang diamanahkan, selain turut berpeluang menyaksikan proses ibadah korban secara langsung melalui siaran di Facebook dan Instagram rasmi IbadahSg.
Pada 2025, IbadahSg menawarkan promosi korban, dua kambing hanya $320 dan tiga kambing hanya $459. Jemaah dinasihati agar membuat tempahan segera kerana slot terhad.
Jika mahu ikut serta dalam program korban dan akikah 2025, anda boleh menghubungi IbadahSg di talian 8332-3012 (Ustazah Mariah Masruhen); 8399-7390 (Encik Mohd Noh), atau melalui WhatsApp ke talian 9126-6444 (Ustaz Firdaus Masruhen) dan 8322-0460 (Ustaz Muhd Syamil Masruhen).
Jika anda berniat mahu ikut serta dalam program korban dan akikah 2025, anda boleh menghubungi IbadahSg di talian 8332-3012 (Ustazah Mariah Masruhen), 8399-7390 (Encik Mohd Noh) dan 8322-0460 (Ustaz Muhd Syamil Masruhen), atau WhatsApp ke talian 9126-6444.
Anda boleh melungsuri Facebook atau Instagram: IbadahSg Pte Ltd untuk melihat bagaimana IbadahSg melaksanakan program korban ini pada tahun-tahun lalu.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg