Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Forbes senarai individu paling kaya S’pura

Sep 5, 2024 | 5:52 PM
Encik Eduardo Saverin, pengasas bersama Meta Platform, yang dahulunya Facebook, mendapat tempat pertama dalam senarai individu paling kaya di Singapura, yang dikeluarkan oleh Forbes pada 5 September.
Encik Eduardo Saverin, pengasas bersama Meta Platform, yang dahulunya Facebook, mendapat tempat pertama dalam senarai individu paling kaya di Singapura, yang dikeluarkan oleh Forbes pada 5 September. - Foto BLOOMBERG

Senarai individu paling kaya di Singapura, yang dikeluarkan oleh Forbes pada 5 September, didahului oleh Encik Eduardo Saverin, pengasas bersama Meta Platform, yang dahulunya Facebook, dengan nilai bersih sebanyak AS$29 bilion ($35.75 bilion).

Ini diikuti oleh adik beradik, Encik Robert dan Encik Philip Ng, daripada agensi hartanah, Far East Organization, dengan kekayaan gabungan sebanyak AS$14.4 bilion, merosot daripada AS$14.8 bilion dalam penilaian sebelum ini.

Di tempat ketiga ialah Encik Li Xiting, pengerusi pembuat pengudaraan, Shenzhen Mindray Bio-Medical Electronics Co, dengan nilai bersihnya yang merosot kepada AS$13.4 bilion daripada AS$14 bilion pada 2023.

Gabungan jumlah nilai bersih 50 individu terkaya Singapura meningkat lebih 10 peratus kepada AS$195 bilion pada 2024, daripada AS$177 bilion pada 2023.

Perubahan ketara dalam kedudukan 10 individu teratas ialah keluarga Wee di tempat ketujuh dengan nilai AS$7.8 bilion.

Keluarga itu terdiri daripada waris perbankan, Encik Wee Cho Yaw, yang merupakan mantan pengerusi emeritus United Overseas Bank (UOB), sebelum beliau meninggal dunia pada Februari 2024 pada usia 95 tahun.

Anak lelaki sulung Encik Wee, Encik Wee Ee Cheong, ialah timbalan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UOB, manakala anak Encik Wee Ee Chao ialah pengerusi kedua-dua pembuat Tiger Balm, Haw Par, dan broker UOB, Kay Hian.

Anak bongsu Encik Wee Ee Lim pula merupakan pengerusi pemaju hartanah tersenarai, UOL Group.

Tiga individu, yang kekayaannya terikat dengan konglomerat teknologi Sea yang disenaraikan di New York, mendapat rangsangan besar sebagai syarikat e-dagang tempatan, hiburan digital dan syarikat teknologi kewangan (fintech) yang diasaskan bersama.

Mereka meraih keuntungan buat kali pertama pada 2023 sejak Tawaran Awam Awal (IPO) tujuh tahun lalu dan sahamnya meningkat lebih seganda dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Pengerusi dan CEO syarikat itu, Encik Forrest Li, pula melonjak enam anak tangga ke tempat ke-12 dengan nilai AS$5 bilion manakala ketua pegawai operasi, Encik Gang Ye, naik ke tempat ke-16 dengan nilai AS$3.1 bilion.

Encik David Chen, ketua pegawai produk cawangan e-dagang, Shopee, kembali disenarai selepas setahun dan kini berada di tempat ke-50 dengan nilai AS$870 juta.

Salah seorang yang baru disenaraikan pada 2024 termasuk pengusaha hotel kelahiran China dan warga Singapura, Encik Ji Qi, dengan nilai bersih AS$2.35 bilion di tempat ke-23.

Sebagai pengasas bersama laman tempahan pelancongan, Trip.com, beliau telah menubuhkan H World Group pada 2005 dan mengembangkannya menjadi rangkaian lebih daripada 10,000 hotel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg