Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Frasers Property buat perubahan pemimpin utama

Jan 15, 2024 | 6:18 PM
JAWATAN BARU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Frasers Property Australia, Encik Anthony Boyd, akan dilantik sebagai ketua pegawai operasi (COO) kumpulan itu - jawatan yang baru diwujudkan.
JAWATAN BARU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Frasers Property Australia, Encik Anthony Boyd, akan dilantik sebagai ketua pegawai operasi (COO) kumpulan itu - jawatan yang baru diwujudkan. - Foto FRASERS PROPERTY

Syarikat pemaju hartanah Frasers Property pada 15 Januari mengumumkan beberapa perubahan kepimpinan dalam syarikat itu, berkuat kuasa 1 Februari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Frasers Property Australia, Encik Anthony Boyd, akan dilantik sebagai ketua pegawai operasi (COO) kumpulan itu - jawatan yang baru diwujudkan.

Beliau akan bekerja rapat dengan pasukan kepimpinan eksekutif syarikat itu di peringkat global.

Selain itu, beliau akan menyokong CEO kumpulan tersebut dalam menyelaras pelbagai program strategik syarikat, lapor The Straits Times (ST).

Ketua pegawai strategi dan perancangan kumpulan itu, Cik Zheng Wanshi, akan dilantik sebagai ketua pegawai strategi dan kemampanan kumpulan itu, dengan peranan yang diperluas.  

Beliau akan bekerja rapat dengan pelbagai bahagian fungsian dan unit perniagaan Frasers Property, untuk menyepadukan aspek pengurusan risiko dan kemampanan, dengan strategi dan operasi kumpulan itu, secara keseluruhan.

Cik Zheng juga akan menyelia sekretariat undang-undang dan korporat Frasers Property, serta dalam melaksana fungsi perlindungan data kumpulan itu, sebagai sebahagian tumpuan lebih luas terhadap tadbir urus kumpulan itu.

Struktur unit perniagaan syarikat itu, yang mengumpul perniagaan kepada beberapa bidang tumpuan utama berdasarkan geografi dan kelas aset sedunia, akan membolehkan enam pemimpin unit perniagaannya melapor terus kepada CEO kumpulan, berbanding lapan pemimpin ketika ini, menurut syarikat itu.

CEO Frasers Property Vietnam dan One Bangkok, Encik Lim Hua Tiong, akan memegang peranan yang diperluas sebagai CEO bagi pasaran baru berkembang di Asia, merangkumi pasaran Thailand, Vietnam dan China.

Pengurus besar eksekutif (EGM) bagi pembangunan di Frasers Property Australia, Encik Cameron Leggatt, akan dinaikkan pangkat kepada CEO untuk menyelia operasi pembangunan dan pelaburan kumpulan itu di Australia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg