Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MOU lancar program kitar semula sisa makanan di lima pusat beli-belah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU lancar program kitar semula sisa makanan di lima pusat beli-belah

Jan 15, 2024 | 06:52 PM



Pemilik dan pengendali hartanah kediaman, runcit, pejabat dan ruang perniagaan Frasers Property Singapore telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) dengan penyedia penyelesaian keselamatan makanan Life Lab Resources untuk melancarkan program kitar semula sisa makanan di lima pusat beli-belah kendalian Frasers Property.

Program kitar semula bagi meningkatkan nilai itu bertujuan membantu mewujudkan ekonomi kitaran mengenai sisa makanan, dengan menyediakan sistem WasteMaster yang mengubah sisa makanan menjadi bahan boleh diproses untuk dijadikan makanan ikan.


Proses itu memecahkan makanan pada peringkat sel dalam beberapa jam untuk meninggalkan bahan substrat kaya nutrien dan tanpa bau.

Pemeteraian MOU itu, yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Frasers Property Singapore, Cik Soon Su Lin, dan Pengarah Urusan Life Lab Resources, Encik Edward Chia, di Causeway Point pada 15 Januari, disaksikan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling.

Menurut satu kenyataan Frasers Property, sistem WasteMaster, yang dibuat syarikat berpangkalan di Australia, Green Eco Technologies, adalah sistem pemprosesan dan penukaran sisa makanan menggunakan teknologi yang mempercepatkan rawatan sisa makan tanpa menggunakan air atau bahan tambahan.


Cik Low berkata: “Saya sungguh gembira melihat pemimpin industri berkumpul untuk merintis penyelesaian yang memberi manfaat kepada perniagaan dan menyumbang kepada ekonomi yang lebih mampan dan pekeliling.

“Syarikat seperti Frasers Property, Life Lab Resources dan Green Eco Technologies memainkan peranan penting dalam memacu inovasi dan mengamal amalan mampan.”

Lima pusat beli-belah yang bakal memanfaatkan sistem WasteMaster ialah Causeway Point, Waterway Point, Northpoint City, Century Square dan Tampines 1.


Sistem itu juga mungkin diperkenalkan di pusat beli-belah Frasers Property yang lain pada 2025.

Menurut Cik Soon, Frasers Property merintis program kitar semula itu di Causeway Point pada Januari 2023, dengan lebih 52 tan sisa makanan, iaitu seberat kira-kira 30 kereta, dikumpul sepanjang 12 bulan daripada penyewa kedai yang menyertai program itu.

“Potensi program ini untuk mengubah sisa makanan kepada makanan akuakultur akan menutup gelung pengeluaran, pembaziran dan penggunaan makanan.


“Ini menandakan satu lagi langkah ke arah matlamat Frasers Property untuk menjadi sebuah syarikat karbon bersih sifar menjelang 2050,” ujarnya.


Pemeteraian MOU itu membolehkan Life Lab Resources, yang juga pembekal sistem WasteMaster di Singapura, menubuhkan loji penapisan bio pada suku pertama 2024 bagi merawat dan mengubah bahan substrat menjadi protein mikrob yang boleh dibekalkan kepada syarikat formulasi makanan bagi ditukar kepada makanan akuakultur.


Selain mengurangkan sisa yang dihantar ke pembakar sisa dan tapak pelupusan sampah, sistem WasteMaster mengurangkan keperluan sumber semula jadi baru untuk menghasilkan makanan, sekali gus mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.


Mengulas tentang kerjasama Life Lab Resources dan Frasers Property, Encik Chia berkata ia menandakan kepintaran diperlukan untuk menangani cabaran kemampanan dan iklim secara berterusan.

“Kami sangat teruja bekerjasama dengan Frasers Property dalam inovasi mampan ini, yang sejajar dengan Pelan Induk Sisa Sifar Singapura dan meningkatkan keselamatan makanan,” katanya.


Berkongsi sentimen serupa, Pengarah Pembangunan Perniagaan Global Green Eco Technologies, Encik Moses Lim, berkata kerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran sama penting untuk meluaskan sempadan dalam memerangi sisa makanan dan krisis iklim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >