Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gaia NTU, T2 Changi menang hadiah utama seni bina Unesco

Hotel Pan Pacific Orchard raih anugerah kategori hotel tercantik di dunia, diiktiraf antara 16 hotel baru dibuka terbaik
Dec 4, 2024 | 12:25 PM
Gaia, bangunan kayu terbesar di Asia yang menempatkan Sekolah Perniagaan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) (kiri), memenangi hadiah utama di bawah kategori kampus tercantik di dunia, manakala Terminal 2 Lapangan Terbang Changi (kanan) menerima hadiah istimewa bagi bahagian dalaman pada pertandingan Anugerah Seni Bina dan Reka Bentuk Prix Versailles 2024, dalam kategori lapangan terbang tercantik di dunia.
Gaia, bangunan kayu terbesar di Asia yang menempatkan Sekolah Perniagaan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) (kiri), memenangi hadiah utama di bawah kategori kampus tercantik di dunia, manakala Terminal 2 Lapangan Terbang Changi (kanan) menerima hadiah istimewa bagi bahagian dalaman pada pertandingan Anugerah Seni Bina dan Reka Bentuk Prix Versailles 2024, dalam kategori lapangan terbang tercantik di dunia. - Foto-foto NTU, ST

Gaia, bangunan kayu terbesar di Asia di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), memenangi anugerah utama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) bagi seni bina dan reka bentuk dalam kategori kampus tercantik di dunia pada 2 Disember.

Terminal 2 Lapangan Terbang Changi pula memenangi anugerah khas bagi reka bentuk dalaman dalam satu siri pertandingan Anugerah Seni Bina dan Reka Bentuk Prix Versailles 2024, bagi kategori lapangan terbang tercantik di dunia.

Anugerah itu adalah salah satu daripada tiga gelaran utama dunia – iaitu anugerah utama Prix Versailles dan anugerah khas berasingan untuk reka bentuk dalaman dan luaran – yang dipertandingkan dalam setiap kategori, lapor The Straits Times.

Prix Versailles adalah satu siri anugerah seni bina antarabangsa yang meraikan projek kontemporari di seluruh dunia dengan memberi pengiktirafan bagi inovasi, kreativiti, penghargaan terhadap warisan tempatan, kemampanan dan reka bentuk.

Pemenang lain bagi kategori kampus tercantik di dunia termasuk Institut Edinburgh Futures di Universiti Edinburgh di Scotland, dan Pusat Henri Moissan di Universiti Paris-Saclay di Orsay, Perancis.

Gaia di NTU dibina menggunakan kayu diperoleh dari hutan yang diurus secara mampan, dan menghasilkan kurang 2,500 tan karbon dioksida setahun berbanding bangunan konkrit biasa.

Sebagai perbandingan, jumlah itu setara dengan lebih 7,000 penerbangan pergi balik antara Singapura dengan Hong Kong.

Disiapkan pada 2022, Gaia – yang menempatkan sekolah perniagaan universiti itu – menggunakan sistem tenaga cekap dan teknologi boleh diperbaharui, menjadikannya salah sebuah bangunan paling hijau di NTU.

Naib Presiden Kanan Pentadbiran NTU, Cik Tan Aik Na, menerima anugerah tersebut dalam satu majlis di ibu pejabat Unesco di Paris pada 2 Disember.

Terminal 2 Lapangan Terbang Changi menerima hadiah istimewa bagi bahagian dalaman pada pertandingan Anugerah Seni Bina dan Reka Bentuk Prix Versailles 2024 dalam kategori lapangan terbang tercantik di dunia. Ia mempunyai, antara lain, air terjun multimedia setinggi empat tingkat di tengah-tengah dewan keberangkatannya.
Terminal 2 Lapangan Terbang Changi menerima hadiah istimewa bagi bahagian dalaman pada pertandingan Anugerah Seni Bina dan Reka Bentuk Prix Versailles 2024 dalam kategori lapangan terbang tercantik di dunia. Ia mempunyai, antara lain, air terjun multimedia setinggi empat tingkat di tengah-tengah dewan keberangkatannya. - Foto ST
Taman di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dilengkapi dengan siling ‘langit’ digital yang meniru keadaan cuaca masa nyata di luar terminal.
Taman di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dilengkapi dengan siling ‘langit’ digital yang meniru keadaan cuaca masa nyata di luar terminal. - Foto ST

Secara berasingan, Terminal 2 Lapangan Terbang Changi menerima anugerah khas bagi reka bentuk dalaman selepas menjalani pengubahsuaian besar selama tiga setengah tahun bermula Mei 2020. 

Lebih 21,000 meter persegi ruang lantai telah ditambah – bersamaan kira-kira tiga padang bola sepak.

Terminal itu dibuka sepenuhnya pada November 2023.

Ia menempatkan air terjun multimedia setinggi empat tingkat di tengah-tengah dewan keberangkatan, serta taman yang dilengkapi dengan siling digital ‘langit’ yang meniru keadaan cuaca sebenar di luar terminal, serta lebih 20,000 tumbuh-tumbuhan dan beberapa kolam di kawasan transit keberangkatan.

Selain itu, Hotel Pan Pacific Orchard memenangi anugerah pemilihan dunia dalam kategori hotel tercantik di dunia, sekali gus diiktiraf sebagai antara 16 hotel baru dibuka terbaik di seluruh dunia.

Ini berlaku dua bulan selepas hotel tersebut, yang dibuka pada Jun 2023, dinobatkan sebagai pencakar langit baru terbaik di dunia oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Urban, sebuah pertubuhan tidak mencari untung yang ditubuhkan di Amerika Syarikat.

Hotel Pan Pacific Orchard memenangi hadiah pilihan dunia di bawah kategori hotel tercantik di dunia, sekali gus diiktiraf sebagai antara 16 hotel baru dibuka terbaik di seluruh dunia.
Hotel Pan Pacific Orchard memenangi hadiah pilihan dunia di bawah kategori hotel tercantik di dunia, sekali gus diiktiraf sebagai antara 16 hotel baru dibuka terbaik di seluruh dunia. - Foto UOL GROUP
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg