Selain bertemu kerabat diraja dan menteri kanan semasa melawat Arab Saudi dari 30 November hingga 2 Disember, Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, menaiki kereta api Riyadh Metro pada hari pertama ia memulakan operasi awamnya dan mengunjungi tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) At-Turaif di Diriyah. Berita Harian berkongsi gambar lawatan beliau.

Kebanyakan pintu platform di seluruh rangkaian Riyadh Metro dibekalkan oleh syarikat Singapura, ST Engineering.
Kebanyakan pintu platform di seluruh rangkaian Riyadh Metro dibekalkan oleh syarikat Singapura, ST Engineering. - Foto FACEBOOK TEO CHEE HEAN
Encik Teo Chee Hean turut mengunjungi tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) At-Turaif di Diriyah, yang pernah menjadi nadi Amiriah Diriyah. Ia adalah antara tapak politik dan sejarah penting Arab Saudi dan pusat asal keluarga diraja Saud serta ibu kota pertama negara itu dari 1727 hingga 1818.
Encik Teo Chee Hean turut mengunjungi tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) At-Turaif di Diriyah, yang pernah menjadi nadi Amiriah Diriyah. Ia adalah antara tapak politik dan sejarah penting Arab Saudi dan pusat asal keluarga diraja Saud serta ibu kota pertama negara itu dari 1727 hingga 1818. - Foto FACEBOOK TEO CHEE HEAN
Encik Teo Chee Hean (dua dari kanan) melihat model Istana Salwa di Diriyah, yang dahulunya merupakan kediaman pemerintah negeri Saudi yang pertama.
Encik Teo Chee Hean (dua dari kanan) melihat model Istana Salwa di Diriyah, yang dahulunya merupakan kediaman pemerintah negeri Saudi yang pertama. - Foto FACEBOOK TEO CHEE HEAN